NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Felda: SPRM tahan lima individu

Kesemua suspek tersebut disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira USD10 juta (RM47.6 juta).


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan lima individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri dalam pelaksanaan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon.

Mereka yang ditahan adalah bekas Pengarah Besar Felda bergelar Datuk, 57, bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) Felda, 53, bekas pegawai operasi Projek Sturgeon, 30, Head of London Properties, Felda, 38, dan penolong pegawai Tadbir Felda, 33.

Menurut sumber, kesemua suspek tersebut disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira USD10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014.

Difahamkan, pada Januari 2013 satu mesyuarat telah diadakan berhubung projek tersebut bagaimanapun Lembaga Pengarah telah meminta suspek yang berusia 53 tahun untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Bagaimanapun, suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan telah menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 dan telah mendatanggani satu perjanji dengan sebuah syarikat penternakan Ikan Stugeon di Korea bernilai USD45 juta(RM146.25 juta).

Siasatan awal SPRM mendapati, projek tersebut bagaimanapun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, Negeri Pahang tetapi pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea tersebut seminggu selepas FCSB ditubuhkan.

Menurut sumber itu lagi, disebabkan unit kewangan juga bawah pengurusannya, suspek setakat ini telah meluluskan kira-kira USD 10 Juta(RM47.6 juta) daripada dana Felda untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea tersebut melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek Ikan Sturgeon yang ditandatangani itu adalah meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

Perjanjian ini dipercayai telah ditandatangani oleh suspek bergelar Datuk dan suspek berusia 53 tahun yang juga merupakan bekas Pengarah FCSB.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi sehingga 6 petang menerusi Op Caviar yang dilancarkan SPRM. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya juga telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman.(Astro Awani)
© all rights reserved
made with by templateszoo