NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Halimah Ali Beri Sumbangan RM65 Ribu 


Oleh: Hafizuddin Ali

PULAU KETAM – YB Dr Halimah Ali selaku Adun Selat Klang telah menyerahkan sumbangan Bantuan Pendidikan Sekolah- Sekolah Kerajaan Negeri Selangor kepada dua buah sekolah di Pulau ketam iaitu SRJK (C) KENG CHEE dan SRJK (C) SIN BIN, pada 10 Januari yang lepas.

Sekolah terbabit masing- masing menerima cek bernilai RM 30 ribu dan RM35 ribu yang diserahkan oleh Adun Selat Klang yang  merupakan mantan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor kepada Guru Penolong Kanan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah . Bantuan diberikan bertujuan meringankan beban pihak sekolah bagi membaik pulih infrastruktur bangunan sekolah.



Beliau yang mengadakan lawatan ke Pulau Ketam dan Sungai Lima bagi mengedarkan kalendar 2017 kepada penduduk premis perniagaan dan agensi kerajaan  juga turut menyantuni guru-guru di semua sekolah yang dilawatinya serta memberikan diari edisi 2017 dan kalendar kepada setiap seorang. YB Dr Halimah Ali berkesempatan meluangkan masa bagi mengunjungi Akademik Tahfiz Mandarin yang baru sahaja menjalankan operasi mereka di Pulau yang majoriti penduduknya berbangsa Cina.

Selain itu juga, beliau bersama rombongan petugas PAS Selat Klang, kakitangan Pejabat Adun Selat Klang dan juga Briged Amal Selat Klang turut menyampaikan bantuan makanan asas “foodstamp” yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor kepada penerima dan turut mengambil kesempatan melawat  dan memangku seorang penduduk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 42 tahun yang bertubuh kecil. Beliau berasa teruja apabila diberikan diari oleh YB Dr Halimah Ali .

Beliau meneruskan aktiviti pada hari itu dengan menyerahkan bantuan peralatan sekolah “Back To School” kepada pelajar yang terpilih dan pelajar penerima baucer Skim Tabung Warisan Anak Selangor  (TAWAS) ke semua sekolah di Pulau Ketam dan Sungai Lima.
© all rights reserved
made with by templateszoo