NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Mengangkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6 


Sumber: Utusan Borneo | Jumaat 13 Januari 2017

(Gambar kenangan ketika Datuk Amar Abang Johari merasmikan Konsert Amal Merdeka di Miri pada tahun 2009. Saya(Muhtar Suhaili As-Sarawaki) merupakan Pengarah Program Konsert Amal Merdeka tersebut.) 😊

KUCHING: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam, di Astana Negeri, di sini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 4 petang.

Ia turut dihadiri menteri-menteri kabinet yang lain termasuk dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Dilahirkan pada 1950, Abang Johari mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Merpati Jepang sebelum menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Bantuan (SMB) St Joseph, dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana Bidang Pentadbiran Perniagaan di Henley College, Brunnel University United Kingdom.

Beliau mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok selama sembilan penggal berturut sejak 1981 sehingga kini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilantik semula ke dalam Kabinet Negeri dan memegang tiga portfolio iaitu Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri itu selepas Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) pada 11 Januari 2017 lalu.

Mantan Ketua-ketua Menteri Sarawak:

1. Datuk Stephen Kalong Ningkan
2. Penghulu Tawi Sli 
3. Tun Abdul Rahman Ya'kub
4. Tun Abdul Taib Mahmud
5. Tan Sri Adenan Satem 

http://www.utusanborneo.com.my/content/abang-johari-angkat-sumpah-ketua-menteri

Senarai  Nama Ketua Menteri Sarawak..

1. Datuk Stephen Kalong Ningkan (Iban)

2. Penghulu Tawi Sli (Iban)

3. Tun Abdul Rahman Yakup (Melanau)

4. Tun Abdul Taib Mahmud (Melanau)

5. Tan Sri Adenan Satem ( Melayu)

6. Dato' Sri Abang Johari Tun Openg (Melayu)
© all rights reserved
made with by templateszoo