NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP bukan rakan politik yang baik - PAS

Agenda antiIslam DAP juga tidak mungkin dapat diterima oleh PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia.


KUALA LUMPUR: Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup memberi isyarat bahawa parti itu bukan rakan politik yang baik bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) dan menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia.

“Agenda antiIslam DAP juga tidak mungkin dapat diterima oleh PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia. DAP boleh mengajak mana-mana parti yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik DAP khususnya PAN (Parti Amanah Negara), yang juga serpihan PAS yang setia kepada DAP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan bahawa PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini.

Kenyataan Mohd Khairuddin dipercayai merujuk kepada ulasan Kit Siang sebelum ini bahawa pembentukan gabungan dalam pakatan harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) penting dalam ‘menyelamatkan’ Malaysia dan mengalahkan BN.

Bagaimanapun, PAS setakat ini masih berpendirian untuk tidak membentuk pakatan bersama parti pembangkang lain dan PPBM, serta lebih selesa bersendirian dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, akan datang.
(BHONLINE)
© all rights reserved
made with by templateszoo