NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di Terengganu semakin pulih

Banjir di negeri Terengganu sejak dua hari lalu semakin pulih apabila 42 pusat pemindahan ditutup dan lebih 3,000 mangsa dibenarkan pulang.

KUALA TERENGGANU: Banjir di negeri ini sejak dua hari lalu semakin pulih apabila 42 pusat pemindahan ditutup dan lebih 3,000 mangsa dibenarkan pulang.

Berdasarkan laporan terkini Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, hanya seramai 1,022 mangsa masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan banjir seluruh negeri.

Daerah Hulu Terengganu yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu melebihi 2,000, kini hanya membabitkan 361 mangsa.

Menurut laporan itu, daerah Marang kini mencatatkan jumlah mangsa pemindahan banjir tertinggi iaitu membabitkan 488 mangsa di 10 pusat pemindahan.

Di Dungun, Kemaman dan Setiu, masing-masing mencatatkan jumlah mangsa sebanyak 87, 58 dan 28 manakala di Besut semua mangsa sudah dibenarkan pulang semalam.

(BHONLINE)

Photo - sekadar hiasan


© all rights reserved
made with by templateszoo