NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: 17 sekolah di Kelantan ditutup hari ini

Sebanyak 17 sekolah di negeri Kelantan ditutup pada hari kedua persekolahan hari ini ekoran banjir masih tidak surut di beberapa daerah.
KOTA BHARU 2 Jan. - Sebanyak 17 sekolah di negeri ini ditutup pada hari kedua persekolahan hari ini ekoran banjir masih tidak surut di beberapa daerah.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, sekolah yang ditutup itu masing-masing lapan di Kuala Krai, lima di Tanah Merah dan terbaharu empat di Pasir Mas.

“Sekolah di Kuala Krai ialah, Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagian, SK Ladang Taku, SK Kelang, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

“Lima sekolah yang tidak dapat beroperasi di Tanah Merah ialah SK Ladang Kerilla, SK Kg Panjang, SK Tebing Tinggi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

“Manakala di Pasir Mas sekolah yang ditutup ialah SK Pulau Beluru, SK Kg Baru, SK Rahmat dan SK Rantau Panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – UTUSAN ONLINE.

Photo - sekadar hiasan


© all rights reserved
made with by templateszoo