NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 wanita dikejar ke hospital kes tumpahan merkuri

satu unit termometer pecah dalam bilik rumah mereka 
IPOH: Tiga wanita termasuk seorang daripadanya yang terkena tumpahan merkuri dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini selepas satu unit termometer pecah dalam bilik rumah mereka di Arena Kepayang Putra, Fair Park di sini malam tadi.
Kejadian membabitkan ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20-an kira-kira jam 11.15 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu lima minit kemudian dan anggota yang tiba mendapati kesemua mangsa berada dalam bilik ketika termometer berkenaan pecah di atas lantai.
“Anggota bomba memakai PPE (peralatan pelindung diri) untuk masuk ke lokasi kejadian dan memasang sawar-sawar (penghadang) bagi mengelakkan kawasan itu dimasuki orang awam serta mengosongkan premis berkenaan.
“Bomba menaburkan sulfur di kawasan termometer pecah bagi membolehkan merkuri diserap sepenuhnya sebelum memasukkan hasil serapan itu ke dalam beg plastik kimia.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa termasuk seorang daripadanya yang terpegang tumpahan merkuri berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Kerja-kerja pembersihan mengambil masa kira-kira satu jam dan operasi tamat pada jam 12.11 tengah malam,” katanya.
(BHONLINE)




© all rights reserved
made with by templateszoo