NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 Fakta Mahasiswa Mesti Turun #H355

#H355 tidak seperti himpunan-himpunan politik sebelum ini yang berwajahkan provokasi dan penentangan. #H355 merupakan sebuah himpunan aman untuk memartabatkan Syariah dan menyatukan umat Islam.


Himpunan ini merupakan satu manifestasi terhadap sokongan pindaan Akta 355 untuk menaik taraf bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

2. Selari dengan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, pindaan Akta 355 memenuhi hasrat keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

3. Pindaan Akta 355 adalah selari dengan tuntutan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tuntutan ini bukan semata-mata terhad kepada amalan individu dan acara rasmi sahaja, tetapi kepada pelaksanaan Islam secara menyeluruh.

4. Pindaan ini juga diusulkan untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 dalam ucapan perasmian parlimen untuk menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

5. Agenda menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah merupakan isu yang wajar disokong bersama oleh seluruh umat Islam di Malaysia sebagai tanda kesatuan ummah.

6. Pindaan Akta 355 juga merupakan sebuah pindaan yang bertepatan dengan lunas demokrasi dan undang-undang melalui proses perbahasan yang sah di Parlimen.

7. #H355 tidak seperti himpunan-himpunan politik sebelum ini yang berwajahkan provokasi dan penentangan. #H355 merupakan sebuah himpunan aman untuk memartabatkan Syariah dan menyatukan umat Islam.

8. Perjuangan meninggikan martabat Mahkamah Syariah merupakan mata rantai perjuangan tokoh-tokoh Gerakan Islam yang terdahulu untuk mendaulatkan Islam di tanah air yang mesti dihayati dan difahami oleh seluruh mahasiswa dan umat Islam.

9. #H355 merupakan suatu tindakan kesedaran terhadap peningkatan jenayah yang semakin kritikal dan tidak membuahkan sebarang penyelesaian terhadap kerendahan sosial. Himpunan ini menekankan Islam sebagai solusi kepada seluruh permasalahan semasa di negara ini.

10. Mahasiswa mesti #TurunH355 sebagai generasi pelapis kepada perjuangan Islam dan menjana harapan kepada Malaysia Sejahtera. Mahasiswa mestilah berperanan sebagai watak utama dalam memartabatkan Mahkamah Syariah.

“Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera”
#TurunH355

YAZID KHAIRUL AZMAN
Pengerusi WUFI UIAM

http://gamismalaysia.com/10-fakta-mahasiswa-mesti-turun-h355/
© all rights reserved
made with by templateszoo