NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslim Wajib Sokong RUU 355 - Ustaz Kazim Elias

Apabila kita beragama Islam, sama ada sebagai ahli Parlimen atau tidak, sesuatu perkara yang menaikkan martabat Islam wajib diberi sokongan penuh.

SUNGAI MANIK, 15 Okt — Tidak kira jika seseorang itu ahli Parlimen atau rakyat biasa, jika mereka beragama Islam wajib menyokong gesaan mufti Perak, kata pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias.

Tan Sri Harussani Zakaria meminta semua ahli Parlimen beragama Islam memberi sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355.

“Apabila kita beragama Islam, sama ada sebagai ahli Parlimen atau tidak, sesuatu perkara yang menaikkan martabat Islam wajib diberi sokongan penuh.

“Kerana itu, sokong gesaan mufti Perak supaya ahli Parlimen memberi sokongan penuh tanpa perlu ada unsur politik dalam perkara ini,” kata Kazim seperti dilaporkan Sinar Harian.

RUU itu yang bakal mengukuhkan kuasa mahkamah syariah dijangka akan dibahaskan minggu depan selepas dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Parlimen Isnin ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa sidang Parlimen Mei lalu sudah membentangkan RUU itu dan ia dijangka akan didebatkan kali ini selepas berada dalam kedudukan keempat Aturan Mesyuarat.

Kazim berkata umat Islam perlu menyatakan sokongan terhadap pindaan RUU itu agar mereka menjadi lebih kuat.

“Kita melakukan perkara yang baik iaitu memartabatkan kuasa mahkamah syariah. Oleh itu, semua umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menjadi lebih kuat.

“Pangkahlah yang mana kita inginkan tetapi bila masuk hukum agama, kita perlu bersatu dan bukan berpecah belah,” beliau dilaporkan berkata.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/asal-nama-orang-islam-wajib-sokong-ruu-355-kata-ustaz-kazim#sthash.0OR4GX7Z.dpuf

DAP jangan 'gila talak' - Pemuda PAS

Dewan Pemuda PAS menyokong penuh pendirian Presidennya yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci.


KUALA LUMPUR: DAP diminta tidak bersikap ‘gila talak’ dan berhenti memaksa PAS menerima lamaran palsu mereka yang kononnya mahu menjalin kembali kerjasama dengan parti Islam berkenaan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairilnizam Khirudin, berkata DAP khususnya Lim Kit Siang perlu belajar menerima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP.

Katanya, Dewan Pemuda PAS menyokong penuh pendirian Presidennya yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci.

“Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa. DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS sejak dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah iaitu mengangkat martabat Islam di Malaysia.

“DAP mengaku sebagai parti demokratik, tetapi parti itulah yang paling tegar menentang usaha Presiden PAS yang mengusulkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355, Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 .

“Usul Pindaan terbabit dicadangkan di Parlimen, institusi agung demokrasi tetapi malangnya ia ditentang hebat oleh sebuah parti yang kononnya menjunjung demokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Khairilnizam berkata, pihaknya berdiri teguh mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada serangan berterusan DAP, khususnya Kit Siang.

Katanya, ancaman saman oleh Kit Siang juga sedikit pun tidak menggentarkan PAS, bahkan menzahirkan lagi watak sebenar Ketua Ahli Parlimen DAP itu.

“Serangan fitnah dan persepsi jahat yang disebar oleh DAP terhadap Presiden kami bukanlah perkara baharu. Di ambang Muktamar Pemilihan PAS tahun 2015 lalu, DAP begitu giat campur tangan hal dalaman PAS bagi menjayakan misinya menjatuhkan kepemimpinan Presiden. DAP mahukan kepemimpinan PAS yang sedia ada tunduk patuh dan taat setia kepada Pakatan Rakyat ketika itu.

“Namun, apabila misi DAP mahu menukar kepemimpinan PAS gagal, ditubuhkan pula Parti Amanah Negara (PAN) bagi merobek kekuatan PAS. Namun, rancangan mereka gagal dan PAS tetap teguh, bahkan kian kukuh hari ini.

“PAN pula kini semakin dipandang sepi hingga ada kepemimpinan Pakatan Harapan sendiri yang mencadangkan supaya PAN dibubarkan saja, seolah-olah memberi isyarat kewujudan PAN itu tidak bernilai langsung,” katanya. (BHONLINE)




Kenyataan Media

Pemuda PAS Teguh Mempertahan Tuan Guru Presiden PAS Daripada Serangan DAP

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh mempertahankan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang daripada serangan berterusan DAP khususnya Lim Kit Siang. Ancaman saman oleh Lim Kit Siang itu sedikit pun tidak menggentarkan PAS bahkan ia menzahirkan lagi siapa watak sebenar Penasihat DAP itu.?

2. Serangan fitnah dan persepsi jahat yang disebar oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS bukanlah perkara baru. Pada ambang Muktamar Pemilihan PAS tahun 2015 dulu, DAP begitu giat campurtangan hal dalaman PAS bagi menjayakan misinya menjatuhkan kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. DAP mahukan kepimpinan PAS yang sedia tunduk patuh dan taat setia kepada Pakatan Rakyat ketika itu.

3. Namun, apabila misi DAP mahu menukarkan kepimpinan PAS gagal, ditubuhkan pula PAN bagi merobek kekuatan PAS. Allah Maha Besar. Perancangan mereka gagal buat kesekian kalinya. PAS tetap teguh bahkan kian kukuh hari ini. PAN pula semakin dipandang sepi sehingga ada pimpinan Pakatan Harapan sendiri yang mencadangkan agar dibubarkan sahaja PAN itu seolah memberi isyarat kewujudan PAN itu tidak bernilai langsung.

4. Seterusnya, Lim Kit Siang mengubah strateginya lagi sehingga sanggup menjilat kembali ludahnya. Maka, dihulurkanlah “salam olive branch” kepada Tuan Guru Presiden PAS sebagai tanda mahu berdamai kononnya. Malang sekali, DAP menyangka PAS ini begitu mudah terpedaya dengan wayang opera palsu yang juga merupakan taktik lama DAP hendak mempergunakan PAS bagi meraih sokongan Melayu-Islam menjelang PRU 14.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci ini. Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa . DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS semenjak dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah, iaitu mengangkat martabat syariat Islam di bumi Malaysia ini.

DAP mengaku sebagai parti demokratik, tetapi parti itulah yang paling tegar menentang usaha Tuan Guru Presiden PAS yang mengusulkan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). Usul Pindaan tersebut dicadangkan di Parlimen, institusi agung demokrasi tetapi malangnya ia ditentang hebat oleh sebuah parti yang kononnya menjunjung demokrasi.

6. Kami warga Pemuda PAS seluruh Malaysia tidak akan pernah duduk diam dan memerhati sahaja serangan bertubi dilancarkan oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS.
Kepada Lim Kit Siang, belajarlah terima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP. Usahlah DAP bersikap seperti “gila talak”, berhentilah memaksa PAS menerima lamaran palsu itu.

Ir Haji Khairilnizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
30 Januari 2017



Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Sarawak



KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka berterusan hingga pagi ini di perairan Perak, Selangor dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya memberi amaran bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Ribut petir juga berlaku di perairan Selat Melaka dan Reef South dan dijangka berterusan hingga pagi ini. Ia boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca pada sebelah pagi di Semenanjung dilaporkan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka di satu dua tempat di semua negeri di Semenanjung.

Di Sarawak, MetMalaysia menjangkakan mulai 1 hingga 3 Februari hujan sederhana lebat berlaku di bahagian Barat dan Tengah di sebelah pagi, manakala sebelah petang hingga awal malam, hujan dan ribut petir dijangkakan di beberapa tempat di semua bahagian.

Di Sabah dilaporkan terdapat hujan di satu dua tempat di kawasan pantai di bahagian timur Sabah, manakala hujan dan ribut petir di satu dua tempat di semua bahagian pada waktu petang dan awal malam. (BHONLINE)

Pendirian PAS menuju PRU14 - TG Hj Hadi


Intipati Ucapan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS semasa Taklimat Khas Presiden di Kompleks PAS Kedah pada 28 Januari 2017

Tuan Guru memulakan Ucapan dengan memetik Surah As Soff ayat 8.

Sejarah kejatuhan Islam, genap 100 tahun perjanjian lawrence dan skyes picot yg bertujuan untuk membatalkan dan menjatuhkan pemerintahan khalifah Uthmaniah dan membahagikan Empayar Uthmaniah.

2 Diplomat, Perancis dan British telah mengadakan perjanjian sulit merancang untuk bahagikan wilayah selepas perang dunia pertama.

Peta baru wilayah Islam. Negara negara Islam akan dipecah-pecahkan dan diserahkan pemerintahan kepada pemimpin yg dididik oleh mereka.

Seorang tokoh ekomoni Amerika, dlm temubual dalam majalah sebuah majalah ekonomi pernah berkata "Untuk menjana ekonomi, boleh dicetuskan peperangan."

Penjualan senjata akan menyebabkan ekonomi negara pengeluar senjata seperti Amerika akan terus dijana.

Cetuskan perbezaan yg ada dalam Islam, perkauman dan mazhab ialah sumbu yang mesti dinyalakan.

Dalam sebuah Jurnal tentera Amerika yg ditulis oleh seorang tokoh tentera pada 2 Januari 2006, Negara2 Islam akan mempunyai peta baru.

Setiausaha Negara Amerika Condeliza Rice semasa berucap di Tel Aviv "Kita perlu lakar peta baru dunia Islam.

Contohnya Arab Saudi akan di bahagian 3 bahagian.

Syiria, Yaman, Iraq, dan semua negara arab akan dipecahkan mengikut mazhab. Ahli sunnah, Syiah, wahabi, Alawi dll.

Isu perbezaan mazhab ini telah dibahaskan dan diselesaikan oleh Ulamak Islam sejak ribuan tahun dahulu.
Daripada lebih 1 billion umat Islam di dunia ini.

90% Ahli Sunnah
10% sahaja mazhab lain.

Allahyarham Ust Fadhil Noor pernah berdoa supaya Allah panjangkan umur Tun Mahadhir supaya dia lihat kesan kerosakan yang dia buat.

Tun Mahadhir buat persempadanan pilihanraya untuk menyingkirkan PAS.

Kawasan2 yang kuat PAS seperti Kelantan dan Terengganu, satu kawasan ada yang sampai 120 ribu pengundi. Di tempat2 yang lain seperti di Johor jumlah pengundi hanya 20 - 30 ribu sahaja.

PAS buat tahaluf siyasi dan hampir menumbangkan BN.
89 kerusi parlimen dapat kepada Pembangkang.
PAS 21
PKR 30
DAP 38

Bila ada usaha pihak2 tertentu nak tumbangkan BN menerusi undi tidak percaya, kerusi bukan Islam akan jadi Majoriti.
Islam jadi 39 kerusi.
Peraturan politik Islam, pemimpin dari Quraisy. Quraisy dalam konteks Malaysia ialah bangsa melayu. Melayu bangsa yang mojoriti. Ini bukan isu perkauman. Ini realiti di malaysia yang perlu kita sedar dan faham. Inilah Siyasah Syar'iyyah yang kita perlu fahami.

65% islam
25% Cina
10%  India dan lain2 .

PAS ada 192 kawasan seluruh negara

PAS mesti pertahankan kelantan, memerintah Terengganu dan Kedah, menguasai selangor, PAS mesti dapat 40 kerusi Parlimen, barulah UMNO tidak angkuh. Kita mesti mempertahankan Islam dan Islam mesti memerintah.

Persefahaman yang kita buat tidak boleh menyentuh dasar parti masing2, kita kemuka RUU 355 untuk memperkasa mahkamah syariah. DAP tak setuju dan tentang. Pindaan 355 ini hanya perlu simple majoriti. Tak perlu pindaan perlembagaan.

Mahkamah syariah sekarang ini lebih rendah dari mahkamah majistret di daerah2.

Pindaan yang kita kemukakan akan meningkatkan jumlah Hukuman iaitu :

Penjara 30 tahun
Denda RM 100,000
Sebatan 100 rotan

Kita tidak boleh buat semua dalam hukum hudud, tetapi pindaan ini mengizinkan sebahagian hukum dilaksanakan. Sebat mengikut syariat.

Peminpin PAS bincang dengan pimpinan tinggi UMNO dalam usaha nak pinda akta 355 ini.

Akhirnya UMNO terima kerana desakan pengamal undang2, Ketua Hakim, Peguam negara dan Hakim2 kanan semuanya mendesak supaya akta ini dipinda.

Kalau campur semua Undi PAS dan UMNO di parlimen, kalau semuanya hadir sekali pun, masih belum dapat simple majoriti 112 Undi. Sebab itu kita tangguh perbahasan di Parlimen. Bila isu ini melibatkan kepentingan ummat Islam, kita nak bagi sedikit masa kepada semua pihak.

Kita bagi amaran kepada orang bukan Islam.
Ini hak orang Islam. Jangan campur urusan orang Islam seperti Ahok di Indonesia,bila dia campur urusan orang Islam di Indonesia, ummat Islam bangun menentang.

Kalau tidak mahu ketegangan kaum, jangan campur urusan orang Islam.

#H355 VOL_NTEER, All we need is U!


ATTENTION! šŸ“¢šŸ“¢šŸ“¢

We are pleased to announced that volunteers registration for our upcoming event, Act 355 Assembly is now open! We are happy to welcome applicant from all over country, regardless gender, race and religion.

Let join us to show your support in this historical event on February 18. Together we strive purple waves at Padang Kemerdekaan and raise awareness on empowerment of our Shariah courts.

Hurry up before it's too late! Register now at http://h355.my/daftarsukarelawan/ before 5th Feb.

Special gift waiting for 500th, 1000th, 1500th and 2000th applicants. Let be part of us!

šŸ‘­šŸ‘¬šŸ‘­šŸ‘¬šŸ‘­šŸ‘¬šŸ‘­šŸ‘¬šŸ‘­šŸ‘¬

VOL_NTEER

All we need is U!

Dikatakan PAS kalah teruk.



Jika PAS tidak dikhianati, lebih cepat BN dicampakkan ke longkang, lebih cepat pemulihan nasional dapat dilakukan, lebih cepat rasuah dapat dihapuskan dan perkauman diminimumkan. Jika PAS tidak dikacau, tidaklah diramalkan Lim Kit Siang akan mati sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dia tidak akan mati sebagai pembangkang juga. Dia mungkin mati sebagai menteri kanan. Jika PAS kalah teruk, jangan fikir orang yang lari dari PAS akan bernasib lebih baik dari PAS. Parti yang  tidak bersama PAS lagi pun akan sama-sama susah dan yang meninggalkan Umno juga tidak dapat apa yang diburu.

Oleh: SUBKY LATIF | 28 Januari 2017.

DIKATAKAN lagi, kali ini oleh pelarian PAS bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRU yang akan tiba nanti.
      
Ia bukan cabaran baru yang PAS dengar, malah ia berpatah arang dengan DAP, pimpinan DAP sudah meramalkan PAS tidak akan dapat mengekalkan kebanyakan kerusinya yang dimenangi dalam PRU13.
      
Cuma yang terbaru itu disebarkan atas dapatan kaji selidik terkini PAS akan kalah teruk juga. Khabaran demikian telah PAS maklumi lama dan ia sedia hadapi cabaran itu. 
      
Adalah baik PAS mendengarnya dan bersedia menghadapinya. Ia lebih baik dari dikatakan ia akan menang besar dan bakal merampas kerajaan pusat, tiba-tiba ia kalah teruk. Jika ia dikatakan kalah teruk dan benar ia kalah teruk, maka ia sudah bersedia dan tidak terkesan sangat akan kemungkinannya. Jika ia diberi harapan tinggi, yang boleh  menjadikan ia leka, tiba-tiba tidak jadi bagai yang dikata, kesannya lalu tidak terkira.
      
Dengan semua kata-kata pelemah semangat itu, PAS bersedia dan tidak terkejut jika ia  tinggal satu kerusi saja di Parlimen seperti yang dialaminya dalam PRU 1955 dan PRU 1986. 
     
Selepas ia dapat satu tahun 1955, tahun 1959 ia dapat 13 dan dua kerajaan negeri, Kelantan dan Terengganu. Selepas tinggal satu saja tahun 1986, ia rampas semula Kelantan bersama S46 tahun 1990. Atas nama Perpaduan Ummah ia sapu bersih kerusi Dun dan Parlimen Kelantan.
      
Jangan semua sedap sangka PAS saja yang bakal kalah teruk. Ingat sama apa Pak Pandir kata, ‘Bukan Andih saja kematian anak!’
      
Jika PAS bernasib teruk, lain-lain pembangkang juga akan teruk sama, bahkan lebih teruk. Mungkin DAP saja tidak seteruk yang lain. Kemungkinan teruk juga. Jika PAS tidak dikacau dan berlapang dada dengan perjuangan PAS yang antaranya menegakkan hudud, semuanya berhadapan tinggi membuat kejayaan yang lebih baik dari PRU13.
      
Jika PAS tidak dikhianati, lebih cepat BN dicampakkan ke longkang, lebih cepat pemulihan nasional dapat dilakukan, lebih cepat rasuah dapat dihapuskan dan perkauman diminimumkan. Jika PAS tidak dikacau, tidaklah diramalkan Lim Kit Siang akan mati sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi dia tidak akan mati sebagai pembangkang juga. Dia mungkin mati sebagai menteri kanan.
       
Jika PAS kalah teruk, jangan fikir orang yang lari dari PAS akan bernasib lebih baik dari PAS. Parti yang  tidak bersama PAS lagi pun akan sama-sama susah dan yang meninggalkan Umno juga tidak dapat apa yanag diburu.
     
Jika PAS kalah, ia kalah kerana mempertahankan perjuangan. Orang yang mempertahankan perjuangan jika kalah tidak dikira kalah. Gugur mempertahankan Islam tidak dikira gugur tapi hidup terus. Yang benar-benar kalah ialah yang meninggalkan perjuangan.
      
Mengapa semua sangka PAS akan kalah teruk? Kerana PAS dirasa dan disangka mulai jadi golongan yang sedikit. Dalam demokrasi golongan yang sedikit golongan yang kalah.
      
Sekalipun Islam mahu menjadi umat yang teramai, tetapi Islam juga memberi kedudukan mulia kepada golongan yang sedikit, bahkan menyeru supaya jadilah golongan yang sedikit. Yang bangkit solat malam adalah sedikit. Yang banyak solat dan puasa sunat adalah sedikit. Yang mencebur diri dalam jihad Islami juga sedikit. Yang bersama PAS, tidak Umno adalah sedikit.
      
Moga-moga PAS dimasukkan dalam golongan yang sedikit yang dimaksudkan, jangan jadi golongan terbanyak tapi laksana buih di laut dan jadi orang ikut-ikutan.
      
Golongan yang sedikit inilah yang menumbangkan tentera Jalut dan yang memukul teruk musyrikin dalam Perang Badar. -

Kit Siang ‘Bapa Hipokrasi Malaysia’

 Apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu. Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai - 
Huan Cheng Guan

ZAINI GHANI  26 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan hari ini menggelar Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘Bapa Hiporasi Malaysia’ berhubung isu skandal BMF yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Huan, Kit Siang merupakan individu yang menentang pentadbiran Tun Mahathir ketika tahun 80-an di dalam dan di luar parlimen, malah telah meyakinkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seremban tahun 1983 untuk mengeluarkan 10 tuntutan mengenai penyiasatan Skandal BMF yang dibacakan beliau sendiri sewaktu sidang parlimen pada tahun tersebut.

Selain itu, beliau juga telah menuntut parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal BMF, termasuk menerbitkan buku mengenai skandal tersebut.

“Tetapi pada hari ini, apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu.

“Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Huan, ini jelas menunjukkan diri sebenar Kit Siang, malah segala bentuk ‘perjuangan’ yang dilakukan hanyalah demi kepentingan politiknya semata-mata dan bukanlah demi menjaga kebajikan rakyat. 

DAP lupa kawan bila ada sokongan

PAS tidak pernah melakukan tindakan mengkritik agama lain di dunia ini sepertimana dilakukan oleh DAP.


SHAH ALAM – Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh mengganggap DAP sebagai sebuah parti yang lupa kawan apabila memiliki sokongan kuat pelbagai pihak.

Beliau berkata, DAP melakukan pengkhianatan dan tidak menghormati parti Islam ini melalui beberapa tindakan mereka yang dianggap keterlaluan ketika bersama PAS.

“Kita (PAS) hendakkan sebuah parti yang dapat kerjasama dan hormati satu sama lain.

“Ini tidak, bila kuat dia (DAP) lupa kawan, bila lemah baru cari kawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan bahawa pihaknya akan berbincang dengan peguam berhubung kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengaitkannya sebagai anti Islam.

Mengenai perkara itu, Zawawi memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya DAP ingin menyaman presiden PAS tersebut.

“Kalau dia (Kit Siang) nak saman, saman sajalah. Biar dia saman dulu, kita tengok macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Zawawi memaklumkan bahawa DAP sememangnya anti Islam berdasarkan kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan sebelum ini yang mengkritik agama suci ini.

Katanya, PAS tidak pernah melakukan tindakan mengkritik agama lain di dunia ini sepertimana dilakukan oleh DAP.

“Disebabkan itulah, kita gelar mereka sebagai anti Islam kerana kritikan yang mereka sendiri keluarkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ugutan saman oleh Kit Siang tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya masyarakat Islam akan semakin jelas dengan sikap sebenar DAP.

Katanya, DAP mengkhianati PAS dua kali iaitu semasa dalam Barisan Alternatif pada 2001 dan Pakatan Rakyat. -Sinar Harian

Tantawi cabar DAP..Nak Try saman TGHH, Silakan!


1. "Kelmarin dulu" dia putuskan hubungan dengan Presiden PAS, "kelmarin" dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan "hari ini" dia bertekad untuk saman Presiden PAS. "Esok" entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu ?

2. Saya namakan pelan dan strategi DAP ini sebagai "Strategi Serba Tak Menjadi". Saya percaya mereka berusaha untuk hancurkan PAS. Mereka mahu pecahbelahkan PAS dan mereka mahu PAS menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanahair. 

3. Detik mereka putuskan hubungan dengan Presiden PAS tempohari, mereka sangka Presiden PAS akan terus terpinggir dan kalah dalam pertandingan kepimpinan PAS sementara mereka mengharapkan boneka mereka mengambil alih kepimpinan PAS. Ternyata mereka silap dan langkah mereka tersadung.

4. Seluruh ahli PAS teguh bersama Presidennya kecuali segelintir yang rela diri mereka menjadi "kayu pengalung" kepada DAP. Sebahagiannya lari meninggalkan PAS setelah gagal melampiaskan strategi dan kemahuan DAP dalam mencatur kepimpinan PAS.

5. Kemudian mereka tanpa segan silu menghulurkan salam perdamaian melalui media. Langsung tidak mempamerkan adab orang yang mahu berdamai. Paling tidak memohon maaf atas keceluparan lalu dan datang bertandang ke "rumah" PAS membawa salam perdamaian. 

6. Salam perdamaian yang dihulurkan oleh DAP melewati media lagak "salam" kumpulan samseng kepada musuhnya. Bukan bermaksud mendamaikan tetapi lebih bertujuan meruncingkan pertelingkahan dan mempersendakan lawan. 

7. Ketidaksabaran pemimpin DAP menyembunyikan hasrat sebenar "perut pedal" mereka akhirnya begitu pantas menyerlahkan amarah dan kebencian mereka yang sebenarnya tidak pernah padam terhadap PAS dan pemimpinnya. Kali ini mereka pula mahu menyaman Presiden PAS.

8. Jika DAP berkira-kira sekali lagi mahu melemahkan Presiden PAS dan parti yang dipimpin oleh beliau dengan strategi samannya yang terkini, maka sekali lagi strategi tumpul mereka pasti tidak akan menjadi. Sebaliknya mereka akan terus "kempunan" untuk melampiaskan cita-cita busuk mereka.

9. Malah mereka akan menyaksikan saf kepimpinan dan ahli PAS kian utuh menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama Presidennya. Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan.

10. Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekaligus mempamerkan semangat anti Islam mereka kepada umum. Insyaallah, jika DAP saman Presiden PAS maka ratusan ribu malah jutaan ummat Islam termasuk non muslim yang menghormati Islam akan bangkit menjadi "peguam bela" pemimpin gerakan Islam itu. 

DAP nak try ..... silakan !

Sekian.          

Terengganu MCA announces new candidate to stand in Bandar at next GE



"We have however in the past general election (GE13) had more than 60% of the Chinese votes. We also see the support towards MCA has been good. On our part, we have strengthen ourselves and also has the support of UMNO and other component parties"
KUALA TERENGGANU: In conjunction with the Chinese New Year, the Terengganu MCA took the opportunity to announce 47-year-old Toh Seng Cheng (pic) as its candidate for Bandar constituency at the next general election.
Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/28/terengganu-mca-announces-new-candidate-to-stand-in-bandar-at-next-ge/#KSyAvpdKovW66oke.99

The announcement was made by state MCA chairman Datuk Toh Chin Yaw on Saturday.

Chin Yaw was also the previous Bandar two term assemblyman and state executive councillor (2004 -2013).

Chin Yaw said Seng Cheng's candidacy had been approved by MCA's top leadership and also Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

He said apart from being the MCA Kuala Terengganu division secretary, well educated and a director in a construction and development company, Seng Cheng has a good rapport with the public, be it with the Chinese community or the Muslims.

"We have however in the past general election (GE13) had more than 60% of the Chinese votes.

"We also see the support towards MCA has been good. On our part, we have strengthen ourselves and also has the support of Umno and other component parties," Chin Yaw told reporters after the Bandar constituency MCA open house.



Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/28/terengganu-mca-announces-new-candidate-to-stand-in-bandar-at-next-ge/#KSyAvpdKovW66oke.99

PAS’ President Appeal For Food And Money Contribution To The Food Flotilla For Arakan Mynammar (FFAM) Mission’s

I urge all Malaysians to contribute either food or money to be delivered to our brothers in Arakan. - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


https://www.facebook.com/paspusat/videos/1599989406684464/

Ų§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡

PAS fully support the Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) mission by sending a delegations lead by Mr. Sanusi Md Nor, and seven other members of the PAS committee.

I urge all Malaysians to contribute either food or money to be delivered to our brothers in Arakan.

The ties among Muslims members are like one body as a whole. If one of the body parts is ill, thus all the parts will share the pain. In Islam, brotherhood and unity among Muslims is a crucial part of faith. None of you are true believers until he wants for his brother what he would want for himself.

Especially, in such a dire time like this when Muslims community is threaten greatly by the many adversaries of Islam.

We, who live in relatively comfortable circumstances, are obliged to be in favor of our brothers who were in need. These contributions will be counted as an effort in the struggle to uphold the religion of Allah, hence enlightening all mankind by the light of truth that radiates within Islam.

I therefore call on all parties to contribute thus declaring our togetherness with those who participated and our brothers in Arakan.

Thanks. Wassalam
Maybank Account Number: 564070611352

Please share.

Setelah Hadi Tolak Kerjasama, Lim Kit Siang Bercadang Nak Saman Hadi


GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau meminta peguamnya meneliti perkara itu.

Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai pendirian teguh PAS yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Lim berkata ia adalah hak Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.


Semalam Hadi dilaporkan berkata PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Lim untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

H355 : Seru Orang Islam Hadir, Bukan Islam Jangan Sangsi

 
Beri kesempatan kepada umat Islam, dapat melaksanakan syariatnya, sebagaimana seluruh agama lain, diberi ruang sebebas-bebasnya untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.- YB Ustaz Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyeru kepada semua lapisan masyarakat Islam untuk hadir ke Himpunan 355 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini, bagi menzahirkan sokongan mereka.

Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bakal dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS itu sangat penting kerana ia akan mengangkat martabat undang-undang syariah di Malaysia.

Lebih daripada itu, pindaan ini bakal memberikan manafaat yang besar terutamanya kepada generasi akan datang.

Manakala bagi kaum bukan Islam pula, mereka tidak perlu merasa sangsi bagi memberikan sokongan kepada pindaan ini kerana RUU355 ini adalah sebahagian daripada tuntutan dalam Islam.

Seruan ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat selepas selesai mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Kampung Pauh, Telemong Khamis lalu.

“Saya juga mengambil kesempatan ini, menyeru kepada seluruh ahli parlimen supaya member sokongan tanpa berbelah bahagi dan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Supaya benar-benar memberi kesempatan kepada umat Islam, dapat melaksanakan syariatnya, sebagaimana seluruh agama lain, diberi ruang sebebas-bebasnya untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.

Maka berilah peluang kepada kami umat Islam, untuk dapat melaksanakan syariat kami, yang padanya jalan-jalan taubat untuk membersihkan kesilapan,” seru beliau.

Beliau yang juga Adun Paka turut yakin, pindaan ini akan dapat menyelesaikan banyak permasalahan khususnya yang melibatkan pelbagai jenayah sosial yang semakin hari katanya, semakin parah.


Islam tegas beliau, sememangnya merupakan satu penyelesaian kepada masalah masyarakat sebegini.

PPBM, Jangan Tersilap Langkah



Oleh: Sulaiman Mohamed

Tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari satu aspek membawa satu nilai tambah baru kepada lanskap politik pembangkang di negara ini, khasnya menjelang PRU 14.

Nilai tambah tersebut, antaranya adalah dalam aspek barisan kepimpinan pembangkang yang menjadi lebih kredibel, lebih meyakinkan dengan adanya bekas pimpinan kanan negara yang mempunyai pengalaman pentadbiran yang begitu luas. Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Mubyidin Yassin, Dato Seri Mukhriz dan Tan Sri Rashid (baru sertai PPBM) adalah tokoh tokoh yang mempunyai latar belakang pentadbiran negeri dan negara di peringkat tertinggi. Ini sukar ditemui dalam kalangan pimpinan pembangkang lain.

Maka dengan PPBM serta kepimpinannya, barisan pemvangkang mampu menawarkan sesuatu yang lebih meyakinkan. Sekalipun keupayaan PPBM memobilisasi sokongan rakyat sukar untuk ditelah lantaran sifatnya belum sampai setahun jagung. Namun  kekuatan pembangkang sedia ada melalui sokongan bukan Islam yang di bawa DAP dan sokongan pengundi Melayu di bawa PAS bersama nilai tambah PPBM, memberi potensi kekuatan gabungan pembangkang yang benar benar berwibawa menggugat status quo Umno/BN.

Namun, potensi besar pembangkang ini hanya dapat direalisasikan dengan satu syarat : Gabungan Pembangkang.

Gabungan Pembangkang hanya membawa erti jika kekuatan Pas dan Dap dapat digembelingkan. Tindakan Dap menmutuskan hubungan secara unilateral dengan Pas, telah memusnahkan hubungan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat sebelumnya. Sikap Dap yang menentang inisiatif syariah secara terang terangan telah memaksa Pas akhirnya mengambil keutusan berkerat rotan dengan Dap.

PPBM boleh memainkan peranan sebagai orang tengah. Maka satu lagi nilai tambah PPBM terserlah. PPBM perlu bijak dan cermat memainkan peranan antara Pas dengan pasaran Melayu-Islam, dan Dap dengan pasaran pengundi Cina. Kejayaan Dato Seri Anwar memainkan peranan ini di dalam PR satu masa dahulu, sekarang mesti diulangi oleh Tun Mahathir dan PPBM.

Langkah TSMY untuk tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah tepat. Tepat dalam konteks peranan mereka sebagai orang tengah. Jika PPBM memilih untuk sertai PH, maka PPBM bukan lagi orang tengah, bahkan menjadi orang berpihak. Pas sudah tentu tidak boleh menganggap PPBM sebagai orang tengah kerana PH sudah bersama Dap,PKR dan Amanah di dalam PH.

Malangnya, akhir akhir ini, PPBM khasnya Tun Mahathir, seperti hilang kompas. Halatuju, jatidiri dan peranan PPBM menjadi kabur dan sukar difahami orang ramai terutamanya orang Melayu (dan Pribumi).

Hubungan yang begitu intim antara PPBM dan Dap terasa janggal dan pelik. Komuniti pro-pembangkang atau anti-Umno dalam kalangan orang Melayu menjadi hairan dengan pendirian dan sikap Tun M yang menjadi seperti jurucakap Dap. Bahkan Tun meletakkan dirinya seolah olah hulubalang Dap. Dalam bahasa yang lebih jelas tanpa selindung, Tun dan PPBM seolah olah menjadi "tali barut" Dap.

Keadaan ini meresahkan bukan sahaja orang ramai yang telah mula berminat dengan PPBM awalnya, bahkan juga keresahan dalam kalangan pimpinan PPBM sendiri. Saya berbicara dengan beberapa pimpinan PPBM yang jelas melahirkan kekecewaan di atas sikap Tun yang kurang sabar dan tidak mengendahkan pandangan serta teguran pimpinan lain.

Mereka juga mengakui bahawa orang Melayu semakin menjauhi PPBM. Program ceramah yang melibatkan PPBM dan Dap, nescaya tidak mendapat sambutan orang Melayu.

Sedangkan PPBM adalah sebuah parti yang perjuangkan orang Melayu dan Pribumi. Benar kah?

PPBM nampak semakin mirip kepada parti campuran seperti PKR dan Amanah.

Jika pasaran PPBM adalah orang Melayu, bukan kah PPBM patut lebih mendekati PAS? 

Kenapa pula PPBM begitu menyanjungi Dap dan semakin kerap menyerang PAS? 
Bukan kah dengan persefahaman PAS, PPBM boleh bertanding di kerusi Melayu melawan Umno, di mana Pas sendiri tidak cukup kuat di situ? Jadi, dengan sokongan Pas dan sebahagian orang orang Umno, PPBM mempunyai peluang mengalahkan Umno. Di kawasan seperti ini, Dap tidak banyak dapat membantu PPBM.

Maka atas rasional apa, Tun Mahathir dan PPBM mengambil langkah yang mengelirukan seperti sekarang? 

Kenapa berbincang secara senyap dengan Dap menyusun siapakah PM. TPM dan seterusnya? Agenda Melayu dan Pribumikah ini?

Sudah lupalah PPBM langkah kanan mereka sebagai orang tengah membina gabungan kekuatan pembangkang?

Adakah PPBM yang bermula dengan sinar harapan, akan  berakhir dengan kekeliruan dan kecelaruan?

Namun masa masih ada, walaupun tidak panjang. Mungkin sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh Tan Sri Muhyidin, Dato Seri Mukhriz dan Tan Sri Rashid bagi mengembalikan PPBM di atas landasannya yang betul.

https://www.facebook.com/sulaiman.mohamad.92102/posts/159045674588183

Dokumen CIA: PAS mahu Mahathir disiasat

Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan - Nurul Islam (Timbalan Ketua Pemuda Pemuda PAS Wilayah Persekutuan)

SHAH ALAM - PAS mendesak agar satu kertas siasatan dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pendedahan terbaharu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran perdana menteri paling lama itu.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff, info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ianya bukan sahaja cantuman daripada begitu banyak kerugian pada masa lalu semata-mata.

"Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu AS$ 10 billion," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu ujar, Nurul Islam,  Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Malah katanya lagi, ianya juga demi menyelamatkan kreadibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan.

"Ianya juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah," katanya lagi.'

Mengulas lanjut, Nurul Islam berkata, inilah masanya untuk kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam.

"Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya," katanya.

Katanya lagi, kini sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan," katanya.

Baru-baru ini media melaporkan, satu dokumen rasmi oleh badan risikan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mengenai skandal perbankan besar yang didakwa turut membabitkan Pengerusi Bersatu itu.  

Menurut The Asian Correspondent, dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari - PM Najib


BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini dan akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali iaitu pada Februari, Jun dan Ogos. Moga dapat membantu - Najib Razak, PM Malaysia
KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan akan diagihkan bermula 18 Feb ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.



"Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.
-- BERNAMA

The Truth Finally Revealed: Bank Negara Lost About RM 98 Billion In 1993


For 20-30 years Kit Siang has been demanding the truth regarding the BMF and Bank Negara FOREX scandals. A few days ago the CIA declassified the documents related to BMF and yesterday Murad revealed the truth regarding the Bank Negara FOREX scandal. Suddenly Kit Siang has nothing to say. Is that the price Kit Siang has to pay to become the next Deputy Prime Minister of Malaysia?

USD10 billion in 1992 is now worth RM98 billion

Murad revealed that the amount that was lost was about RM98 billion at today’s value and rate of exchange. So this explains why the government had to sell MAS and show a paper profit to cover this huge loss. In fact, back in 1993 Lim Kit Siang stood up in Parliament and said that he heard rumours that Bank Negara had gambled on the FOREX market and had lost billions. Kit Siang wanted the Prime Minister to respond.

Mahathir was absent from Parliament so his Finance Minister, Anwar Ibrahim, responded instead. And Anwar’s response was that the rumour was not true. All this is recorded in the Parliament Hansard.

http://www.malaysia-today.net/the-truth-finally-revealed-bank-negara-lost-about-rm98-billion-in-1993/

Tok Guru Haji Abdul Hadi ambil perhatian orang Cina bina kekuatan bersama


Islam telah menetapkan asas bahawa semua manusia di atas muka bumi ini sejak penciptaannya dari dahulu, sekarang dan hingga kiamat, merupakan satu keluarga walaupun berbagai bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan agama. - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengambil perhatian masyarakat Cina untuk membina kekuatan bersama dengan semua warganegara termasuk kaum-kaum lain dalam membawa Malaysia menjadi lebih maju dan makmur.

Beliau berkata, keharmonian dan keberuntungan merupakan aspek kehidupan yang begitu diambil perhatian masyarakat Cina dan hakikatnya ia adalah fitrah keinsanan yang ada pada semua makhluk ciptaan Tuhan Pencipta Alam ini.

Menurutnya, Islam sebagai agama yang diredhaiNya telah lengkap sempurna dalam memenuhi keperluan tersebut serta menunjukkan panduan kehidupan di atas muka bumi.

"Jika diikuti, pasti terwujudnya hubungan, kasih sayang, keprihatinan, saling membantu, kebertanggungjawaban iaitu keselamatan dan kesejahteraan di dunia juga di akhirat," katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2017.

Tahun Baharu Cina disambut pada hari ini.

Beliau berkata, Islam telah menetapkan asas bahawa semua manusia di atas muka bumi ini sejak penciptaannya dari dahulu, sekarang dan hingga kiamat, merupakan satu keluarga walaupun berbagai bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan agama.

"Ia disebut dalam kitab agung untuk manusia akhir zaman iaitu al-Quran: Wahai manusia, Kami jadikan kamu asalnya daripada (seorang ayah dan ibu) (Adam dan Hawa), kemudian dilahirkan berbagai-bagai bangsa dan kaum, supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain.” (Al-Hujurat: 13)," katanya.

Dalam konteks kita di Malaysia, beliau berkata, masing-masing kaum yang ada; Cina, India, Iban, Dayak, Kadazan, Siam, Orang Asal, Melayu dan lain-lain tidak boleh hidup bersendirian.

Menurutnya, mesti hidup saling berhubungan antara satu sama lain kerana realitinya juga, setiap bangsa hidup dengan kecenderungan sosio ekonomi tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

"Kesatuan dari kepelbagaian inilah yang perlu diperkukuhkan kita yang pelbagai bangsa di negara ini agar dengannya terbina kekuatan di mana ia boleh mengawal kita dari aspek-aspek yang menjejaskan kehidupan.

"Aspek-aspek yang menjejaskan kehidupan seperti penyelewengan, penindasan dan kezaliman. Sebaliknya, diangkat kecintaan, kejujuran, kesetiaan dan segala nilai-nilai sistem hidup yang lebih baik lagi membahagiakan.

"Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat negara ini khususnya kaum Tionghua dan mudah-mudahan terbina kekuatan kesatuan kita untuk membawa Malaysia yang lebih maju dan makmur," katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/ambil-perhatian-orang-cina-bina-kekuatan-bersama-1.619237


Malaysia Perlu Waspada Perjanjian Perdagangan Versi Baru

Kami mengesa supaya sebarang perjanjian perdagangan yang akan dimeterai oleh Malaysia perlu dilakukan secara terbuka, bukan dalam kerahsiaan. Proses debat terbuka di Parlimen dan mendapat maklumbalas dari pihak awam sepatutnya menjadi amalan oleh pihak kerajaan.

Kenyataan Media Kongres Rakyat
28 hb Januari 2017

MALAYSIA PERLU WASPADA PERJANJIAN PERDAGANGAN VERSI BARU

Setelah Presiden Trump mengumumkan , melalui Excecutive Order pejabat Presiden US , bahawa US keluar dari TPPA , kami berpendapat Trump tidak akan berhenti mencari versi perjanjian perdagangan baru yang menjaminkan polisi "American First" ( Amerika Diutamakan ) yang beliau umumkan untuk ditawarkan kepada negara-negara yang menjadi pilihannya.

Trump mengumumkan penarikan diri US keluar dari TPPA pada 23 hb Januari 2017 . Dengan itu Malaysia berpendapat perjanjian itu kini boleh dianggap telah mati. Bermakna US tidak akan melakukan ratifikasi undang-undang dan polisinya untuk disesuaikan dengan TPPA yang ditandatanganinya pada 4 hb Februari 2016.

Jelas ini menunjukkan betapa US sebenarnya dari awal lagi adalah pencatur TPPA dan kepentingan US menjadi inti kepada perjanjian tersebut. US bermatlamat meraih keuntungan maksima dari 11 anggota negara TPPA yang menguasai 40% GDP dunia.

Sebenarnya , sementara Trump dilihat sebagai "penyelamat" kepada tuntutan yang disuarakan oleh banyak pertubuhan masyarakat sivil yang menentang TPPA, namun itu tidak bermakna negara-negara yang menandatangani TPPA, selamat dari hegemoni US yang akan terus mencari jalan mengeksploitasi negara yang lain.

Yang jelas US terkenal dengan polisi tidak mahu saingannya mengatasi kepentingan US seperti China , India , atau Jepun yang berkeupayaan mengambil alih dominasi ekonomi dunia.

Kini Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengguna model perjanjian bilateral iaitu perjanjian US dengan setiap negara secara berasingan. Katanya jika negara tersebut berkelakuan tidak memihak kepada kepentingan US, maka US akan membatalkan perjanjian tersebut.

Malaysia pernah ditekan untuk menandatangani Free Trade Aggreement (FTA) dengan US pada zaman Presiden George Bush dalam rundingan bermula 2007.  Dokumen perjanjian FTA US itu sangat jelas bersifat eskploitatif ke atas ekonomi Malaysia. Kepentingan Malaysia mengenai isu kewangan dan prokumen kerajaan hampir dikompromikan untuk memberi laluan kepada syarikat transnasional US menguasi ekonomi Malaysia. Namun kerana tarikh Fast Track Presiden US sudah melewati tarikh yang dibenarkan oleh Kongres, maka FTA US-Malaysia tidak dapat ditangani.

Soalnya setakat ini belum ada pengumuman resmi dari Sekretariat TPPA yang tidak tahu berpusat di mana. Sedangkan tidak kurang selama 7 tahun pusingan perundingan telah diadakan dengan sekian banyak sumber kewangan dan tenaga yang telah dihabiskan. 

Malaysia turut menyertai rundingan TPPA pada Oktober 2010 dan menandatanganinya , walaupun dengan bantahan ahli parlimen , rakyat dan masyarakat sivil , pada 4 hb Februari 2016 bersama 11 negara lain di Aukland , New Zealand. 

Dengan matinya TPPA sepatutnya semua proses ratifikasi undang-undang dan dasar di Malaysia seharusnya diberhentikan dan tidak diteruskan. Akan menjadi suatu kepelikan jika Malaysia meneruskan ratifikasi sedangkan TPPA sudah tidak lagi boleh berfungsi.

Kami mengesa supaya sebarang perjanjian perdagangan yang akan dimeterai oleh Malaysia perlu dilakukan secara terbuka, bukan dalam kerahsiaan. Proses debat terbuka di Parlimen dan mendapat maklumbalas dari pihak awam sepatutnya menjadi amalan oleh pihak kerajaan.

Kini , kami mendengar pula, sebuah perjanjian baru sedang dirundingi . Iaitu Perkongsian Serantau Ekonomi Komprehensif (Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ) . RCEP melibatkan 10 negara Asean bersama China, Jepun , South Korea, India, Australia dan New Zealand. 

Sebanyak 316 organisasi sivil dari beberapa negara Asia dan Pasifik telah mengingatkan bahawa ada usaha klausa yang dilihat merbahaya yang tedapat didalam TPPA mahu dimasukkan kedalam RCEP. Klausa kontroversi mengenai mekanisme Penyelesaian Perselisehan antara Negara dan Pelabur ( investor-state dispute settlement(ISDS) mechanisme ) cuba dimasukkan dalam rundingan RCEP .

Sekali lagi , jika perundingan seumpama ini dirundingkan dalam keadaan berahsia, akan ada implikasi bantahan lagi dari masyarakat sivil kerana pihak kerajaan meletakkan kepentingan rakyat dalam keadaan risiko.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat

Misi pencarian Sukarelawan Himpunan 355


Ayuh bersama mengembeling tenaga mencipta sejarah negara 18 Februari nanti. Bersama kita jayakan gelombang ungu di Dataran Merdeka dengan mengangkat tema "Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera".


HEBAHAN!

Misi pencarian Sukarelawan Himpunan 355 bermula! Kami mengalu-alukan pendaftaran dari seluruh negara tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.

Ayuh bersama mengembeling tenaga mencipta sejarah negara 18 Februari nanti. Bersama kita jayakan gelombang ungu di Dataran Merdeka dengan mengangkat tema "Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera".

Daftar segera sebelum 5 Februari di pautan http://h355.my/daftarsukarelawan/. Tempat adalah terhad. Hadiah istimewa menanti untuk pendaftar yang ke 500, 1000, 1500 dan 2000.

Pastikan anda salah seorang penyumbang tenaga dalam perhimpunan yang bakal melakar sejarah seumur hidup ini. Pengalaman berharga menanti anda.

 Andalah yang kami cari..  Sebarkan seluas-luasnya.

10 Fakta Mahasiswa Mesti Turun #H355

#H355 tidak seperti himpunan-himpunan politik sebelum ini yang berwajahkan provokasi dan penentangan. #H355 merupakan sebuah himpunan aman untuk memartabatkan Syariah dan menyatukan umat Islam.


Himpunan ini merupakan satu manifestasi terhadap sokongan pindaan Akta 355 untuk menaik taraf bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

2. Selari dengan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, pindaan Akta 355 memenuhi hasrat keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

3. Pindaan Akta 355 adalah selari dengan tuntutan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tuntutan ini bukan semata-mata terhad kepada amalan individu dan acara rasmi sahaja, tetapi kepada pelaksanaan Islam secara menyeluruh.

4. Pindaan ini juga diusulkan untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 dalam ucapan perasmian parlimen untuk menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.

5. Agenda menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah merupakan isu yang wajar disokong bersama oleh seluruh umat Islam di Malaysia sebagai tanda kesatuan ummah.

6. Pindaan Akta 355 juga merupakan sebuah pindaan yang bertepatan dengan lunas demokrasi dan undang-undang melalui proses perbahasan yang sah di Parlimen.

7. #H355 tidak seperti himpunan-himpunan politik sebelum ini yang berwajahkan provokasi dan penentangan. #H355 merupakan sebuah himpunan aman untuk memartabatkan Syariah dan menyatukan umat Islam.

8. Perjuangan meninggikan martabat Mahkamah Syariah merupakan mata rantai perjuangan tokoh-tokoh Gerakan Islam yang terdahulu untuk mendaulatkan Islam di tanah air yang mesti dihayati dan difahami oleh seluruh mahasiswa dan umat Islam.

9. #H355 merupakan suatu tindakan kesedaran terhadap peningkatan jenayah yang semakin kritikal dan tidak membuahkan sebarang penyelesaian terhadap kerendahan sosial. Himpunan ini menekankan Islam sebagai solusi kepada seluruh permasalahan semasa di negara ini.

10. Mahasiswa mesti #TurunH355 sebagai generasi pelapis kepada perjuangan Islam dan menjana harapan kepada Malaysia Sejahtera. Mahasiswa mestilah berperanan sebagai watak utama dalam memartabatkan Mahkamah Syariah.

“Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera”
#TurunH355

YAZID KHAIRUL AZMAN
Pengerusi WUFI UIAM

http://gamismalaysia.com/10-fakta-mahasiswa-mesti-turun-h355/

Petisyen Mahasiswa Malaysia Menyokong Pindaan AKTA 355

Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua Anggota Parlimen, khususnya yang beragama Islam. Maka kami, MAHASISWA MALAYSIA memohon Yang Berhomat-Yang Berhormat untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di Parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli Parlimen Muslim.


Usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) atau Akta 355, yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, ke arah memperkasakan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah memperlihatkan satu usaha yang baik setelah lebih 30 tahun pindaannya yang terakhir pada tahun 1984.

Pindaan Akta 355 ini selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:

"Beta berharap langkah-langkah ke arah Memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah dapat disegerakan."

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menganjurkan petisyen ini yang bertujuan mengumpul suara mahasiswa Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Pindaan Akta 355.

Link Petisyen : https://goo.gl/forms/3Bo7IUJo7IoHvgn32


"Melangkah Bersama Islam"

MUHAMMAD SYUKRI BIN ALIMAR SHIDI,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017.



PETISYEN MAHASISWA MALAYSIA MENYOKONG PINDAAN AKTA 355

Petisyen kepada :
Yang Berhormat-Yang Berhormat Anggota Parlimen,
Dewan Rakyat, Malaysia.

Kami, Mahasiswa Malaysia, menyokong penuh usul pindaan Rang Undang-undang 355 yang dibawa oleh YB Anggota Parlimen Marang di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah, (RUU 355) sebagai inisiatif memperkasakan sistem Mahkamah Syariah Islam di negara kita.

Usaha ini selari dengan titah saranan Yang di-Pertuan Agong ketika ucapan pembukaan Parlimen sesi yang lalu, yang mahu melihat institusi Mahkamah Syariah diperkasakan. Di kala ini, taraf bidangkuasa institusi ini adalah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret, sedangkan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan. Justeru itu, taraf Mahkamah Syariah mestilah dipertingkatkan.

Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua Anggota Parlimen, khususnya yang beragama Islam. Maka kami, MAHASISWA MALAYSIA memohon Yang Berhomat-Yang Berhormat untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di Parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli Parlimen Muslim.

Sebagai warganegara Malaysia, pengundi dalam Pilihanraya dan bakal mengisi kepimpinan negara pada masa akan datang, kami menjadi saksi terhadap undian Yang Berhormat-Yang Berhormat semua di Parlimen yang akan menjadi penentu kepada dorongan undian kami pada PRU ke 14 nanti.

Yang benar,
Mahasiswa Malaysia.

PAS bijaksana membuka tirai Malaysia baharu - Azmin

Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan parti itu masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan PAS.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pendirian beliau memahami dan menghormati tumpuan yang sedang diberikan oleh pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS.

“Anggota PAS juga mahukan sebuah kerajaan bersih dan mereka komited kepada prinsip keadilan dan pembenterasan rasuah demi menyelamatkan negara untuk generasi masa depan,” kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini. (AstroAwani)

Berikut kenyataan media Azmin mengenai pendirian parti itu terhadap PAS:


KENYATAAN MEDIA

26 JANUARI 2017

Malaysia sedang dilanda krisis ekonomi dan dicengkam oleh tatakelola curang yang belum pernah dialami sebelum ini. Akibatnya, rakyat menderita dan maruah negara tercemar.

Krisis ini menuntut kepimpinan negara yang wibawa, berintegriti dan dihormati rakyat. Ini memerlukan muafakat rakyat yang perlu diterjemahkan dalam bentuk perpaduan di kalangan parti-parti politik, NGO dan individu yang komited kepada reformasi.

Rakyat Malaysia semakin matang dan telah menerima hakikat sistem dua parti. Rakyat bersedia melakukan perubahan. Justeru itu, para pemimpin perlu memiliki sikap tawadhu’ untuk bersatu menyahut aspirasi rakyat.

Sejak setahun yang lalu, ombak besar telah melanda senario politik negara yang menuntut pimpinan parti politik mengkaji semula strategi memenangi hati rakyat.

Pakatan Harapan dibentuk. Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bermatlamat untuk kembali kepada khittah perjuangan Melayu dan Islam. Perkembangan baru ini bakal menjana tsunami 2.0 menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersedia untuk memainkan peranan bagi memperkukuhkan gabungan politik parti-parti progresif, bahkan untuk mengangkat muafakat ini ke peringkat yang lebih efektif dalam membicarakan perjuangan peduli rakyat.

Dalam konteks ini, KEADILAN menyambut baik kenyataan YB Lim Kit Siang bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk PAS demi menumbangkan BN. Saya menganggap kenyataan ini sebagai satu langkah positif menuju ke arah penyatuan semua parti politik dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan tertinggi.

Ini pastinya menuntut kebijaksanaan dan pendekatan inklusif dengan mengenepikan perbedaan pendekatan dan politik kepartian demi matlamat menyeluruh yang lebih penting iaitu menyelamatkan negara dan bangsa daripada belenggu pemimpin rasuah dan kerajaan kleptokrat.

Negara dan nasib rakyat hanya boleh dibela oleh parti-parti progresif yang bersatu padu dalam menghadapi BN yang sedang nazak. Namun, muafakat ini hanya boleh tercapai melalui perbincangan dan perundingan. Kita perlu akur bahawa perundingan adalah suatu proses yang rumit. Kita mesti melakukannya demi rakyat dan negara. Saya yakin perkara yang rumit ini boleh dirungkai jika semua pihak mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur.

Saya juga amat memahami dan menghormati tumpuan yang sedang diberikan oleh pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar tahunan 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan PAS. Anggota PAS juga mahukan sebuah kerajaan bersih dan mereka komited kepada prinsip keadilan dan pembenterasan rasuah demi menyelamatkan negara untuk generasi masa depan.

KEADILAN masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti-parti lain demi membuka tirai Malaysia Baru. Program bersama terus berjalan baik terutama di peringkat Negeri Selangor dan di akar umbi demi membela nasib semua rakyat.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

PAS Maafkan Tun M Jika Jauhkan Diri Daripada DAP

Usaha untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya jika DAP terlibat.


PETALING JAYA: PAS sanggup memaafkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau bertaubat dan memisahkan dirinya daripada DAP, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Zuhdi berkata kepimpinan PAS bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir walaupun beliau telah menganiaya parti Islam itu semasa menjadi perdana menteri.

"Pengisytiharan darurat di Kelantan, tragedi Memali, menentang Kanun Jenayah Syariah dan antara lain, pembatalan subsidi minyak. Ini antara perkara yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang memberi tekanan kepada kami," katanya.

Zuhdi berkata hubungan baik PPBM dengan DAP telah 'mensabotaj' hubungan antara PPBM dan PAS.

"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua rakyat untuk menyelamatkan Malaysia mengikut cara PAS, dengan kembali kepada cara Islam," kata beliau sambil menambah tingkah laku DAP dan parti lain yang mempunyai pemikiran sama dengannya adalah penghalang kepada usaha untuk menyelamatkan negara ini.

Beliau berkata Dr Mahathir telah terbawa-bawa dengan cara anti-Islam DAP manakala Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berusaha ke arah mengekalkan hubungan dengan PAS.

"Usaha untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya jika DAP terlibat," katanya.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata PPBM tidak perlu bekerjasama dengan PAS untuk pilihan raya.

Bagaimanapun, pada Rabu beliau berkata parti itu terbuka menerima parti Islam itu untuk menyertai blok pembangkang. (MSTAR)

Pertandingan Swafoto Dan Gambar Kreatif #H355 Dilanjutkan Sehingga 31 Januari 2017

Pertandingan Swafoto dan Gambar Kreatif #H355 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2017. Pengundian bermula 1-5 Februari 2017. Pemenang akan menerima sehelai T-Shirt bertandatangan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia beserta wang tunai bernilai RM 200 (tempat pertama), RM 150(tempat kedua) dan RM 100(tempat ketiga). Dapatkan maklumat lanjut di facebook.com/himpunan355
Pihak Sekretariat Himpunan 355 dengan ini akan melanjutkan lagi tempoh penyertaan pertandingan Swafoto dan Gambar Kreatif #H355 sehingga 31 Januari 2017.
Semua hasil kretif yang dihantar akan disiarkan di laman media sosial rasmi Facebook kami dan undian akan bermula pada 1 hingga 5 Februari. Gambar yang mendapat jumlah like dan share terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
Tiga orang pemenang bertuah akan mendapat hadiah berupa wang tunai dan baju t-shirt beserta tandatangan dari Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Hadiah wang tunai adalah seperti berikut:-
Tempat Pertama: RM 200
Tempat Kedua: RM 150
Tempat Ketiga: RM 100
Cara penyertaan ialah :-
1. Ambil gambar kreatif untuk mempromosi H355 seperti sedang memegang placard, belon atau sebagainya. (Gambar aksi berbahaya tidak dibenarkan)
2. Sila pm ke fb Himpunan 355 http://m.me/himpunan355 atau emel gambar ke himpunan355@gmail.com
3. Setiap gambar hendaklah dikongsi di dinding Facebook masing-masing dan tag Page Rasmi H355
4. Penganjur akan siarkan di album di Page Rasmi H355: http://fb.com/Himpunan355
Peserta boleh share link dan kempen untuk kawan-kawan Like dan Share.
5. Gambar berkumpulan diterima, namun hadiah kepada seorang pemenang sahaja.
6. Hanya gambar asal diterima, gambar 'super impose' tidak dibenarkan
7. Letakkan hashtag #swafotoh355 dan #h355
8. Download placard di sini: http://bit.ly/2jcnzTQ

"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"
Sekian, terima kasih.
Kamaruzaman Mohamad
Setiausaha Sekretariat Himpunan 355(#H355)
25 Januari 2017

MCA Beri Amaran BN Pecah Jika RUU 355 Dibentang!



Bagaimana pula susunan Rukun Negara yang meletak Kepercayaan Kepada Tuhan pada kedudukan pertama,  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada tangga kedua? Menafikan hak orang Islam mematuhi perintah Allah adalah kontradiksi nyata dengan Rukun Negara yang pertama! 

Bila Presiden MCA memberi amaran BN akan berpecah jika Pindaan Akta 355 dibentang ia membuat rakyat terfikir adakah Barisan Nasional ini hanya wujud kukuh jika sama sama sepakat tolak usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya untuk orang orang Islam?  Sedangkan sebenarnya orang bukan Islam tiada kena mengena langsung dengan Mahkamah Syariah! 

Yang akan hancurkan dan pecahkan BN adalah perjuangan menegakkan Islam? Begitu? 

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang ditentukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia? 

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati titah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara dan juga Ketua Agama Islam bagi Persekutuan?  Juga Sultan Sultan yang menjadi Ketua bagi negeri negeri, juga menjadi ketua agama Islam?

Bagaimana pula susunan Rukun Negara yang meletak Kepercayaan Kepada Tuhan pada kedudukan pertama,  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada tangga kedua? Menafikan hak orang Islam mematuhi perintah Allah adalah kontradiksi nyata dengan Rukun Negara yang pertama! 

Kebebasan penganut lain mengamalkan agama lain langsung tidak berbangkit dalam polemik RUU355. 

Ini urusan orang Islam dan ajaran agama Islam sahaja.  

BN rosak kerana dasar yang tidak mempedulikan dosa pahala dalam mentadbir negara.  Rasuah, pemborosan,  kezaliman,  gejala keruntuhan akhlak dan moral semuanya subur bila Islam diletak ke tepi. Tiada konsep percayakan Tuhan. Jauh sekali takut dan patuh kehendak Tuhan. 

Itu yang sedang menghancurkan negara.

Kerana orang Islam dalam BN pun ramai sedar yang Islam jika ditegakkan akan memperbaiki kehidupan menjadi sejahtera. Negara yang lebih baik.  Rahmat untuk semua manusia berbilang bangsa. Kerana itu mereka yang beriman dan takutkan Allah dalam UMNO tidak akan tergamak bersekongkol menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah. Lebih lebih lagi dalam satu titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat,  Yang Di Pertuan Agong mahu syariah diperkasakan.  

Mereka tidak mahu berada satu kumpulan dengan penganut fahaman liberalism,  sekularism,  pluralism, Sisters In Islam,  LGBT yang bersekongkol dengan DAP,  MCA,  GERAKAN menentang RUU355.

Dalam keadaan Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS mempelopori usaha menaikkan syariah,  ia ternyata menggoncang BN sehingga MCA membayangkan BN akan hancur. 

Ia kerana seruan RUU355 disokong oleh setiap individu Islam tanpa mengira pendirian politik.

Orang Islam yang beriman jika disuruh memilih antara kepentingan Islam dengan kepentingan peribadi seperti kuasa politik akan tanpa ragu memilih Islam. 

Yang memilih selain dari itu boleh memberi seribu alasan. 

Orang yang berakal boleh berfikir,  bagaimana boleh dituduh PAS membantu BN dalam masa yg sama perjuangan PAS membuat BN jadi goncang dan terancam kemungkinan pecah. 

Tidakkah pas patut disokong jika benar mahu turunkan BN?  

PAS melakukannya dengan Gagasan Sejahtera yang cuba diperkecilkan PH.  PH menganggap  PAS melakukannya secara bersendirian.

Jika benar mahu menumbangkan BN sepatutnya duduk bersama membantu PAS. Dalam soal ideologi yang tidak sehati sejiwa,  apa salahnya berlapang dada dengan sekurang kurangnya menghormati dan tidak mengkhianati. Paling tidak berkecuali lebih baik.

Seruan PAS adalah menggantikan BN yang ada sekarang dengan muafakat yang dipimpin Islam yang bersifat rahmat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, agama dan taraf hidup. 

Tiada guna kita mengganti sesuatu yg rosak dengan bentuk muafakat yang sama yang tidak dibimbing petunjuk Tuhan. 

Yang pasti umat Islam perlu bersatu dalam soal memperkasa Mahkamah Syariah.  Jika ahli politik berdolak dalih,  umat Islam perlu beri mesej dan isyarat yang jelas supaya pemikiran pemimpin2 politik boleh diperbetulkan dengan satu kejutan. 

Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 pada 18 Februari 2017  di Kuala Lumpur  adalah himpunan mega berskala besar besaran yang wajib kita hadiri. 

Semoga mereka mengerti! 

HJ AHMAD AMZAD HASHIM 
24hb Januari 2017
© all rights reserved
made with by templateszoo