NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Dan Kanak-Kanak Rohingya Mesti Dibela



Konflik berterusan sejak 2012 merekodkan sekitar 40,000 wanita hamil di kawasan terjejas.
Oleh: Asmaa Yusof
Pergolakan di Rakhine melibatkan etnik Rohingya semakin memuncak menyaksikan penderitaan dialami mereka berterusan apabila Myanmar kini giat melakukan operasi penghapusan etnik itu.
Sebuat agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), United Nations Population Fund (UNFPA) dalam kenyataannya Selasa lalu menggesa supaya mangsa wanita dan kanak-kanak diberikan perlindungan sewajarnya.
“Semua wanita di Rakhine, termasuk semua etnik dan agama minoriti, mesti diberikan akses penjagaan kesihatan dan kemudahan asas lain tanpa diskriminasi.
“Mereka mesti dilindungi daripada segala bentuk keganasan, termasuk serangan seksual,” demikian gesaan UNFPA.
Menurut UNFPA, konflik berterusan sejak 2012 merekodkan sekitar 40,000 wanita hamil di kawasan terjejas.
Manakala, seramai 7,600 orang daripada mereka merupakan penduduk Maungdaw dan Buthidaung di mana tiada akses perkhidmatan kesihatan asas di kawasan tersebut sejak hampir dua bulan.
Kegusaran UNFPA turut dinyatakan dengan memberitahu mereka sepatutnya mendapat akses kesihatan tersebut terutama semasa mengandung dan melahirkan anak.
Katanya lagi, beribu-ribu wanita akan terdedah kepada risiko sekiranya terdapat komplikasi seperti pendarahan dan jangkitan jika hal ini dibiar berterusan.
Memandang serius isu tersebut, agensi PBB telah menegaskan aspek kesihatan, perlindungan serta segala keperluan kebersihan bagi wanita dan kanak-kanak perempuan di Utara Rakhine yang mengalami kemusnahan teruk diberi perhatian.
UNFPA berkata, wanita akan berhadapan masalah kehamilan atau melahirkan anak dalam keadaan tidak sempurna dan berbahaya jika tidak mendapat rawatan secukupnya.
Dalam kenyataan sama, UNFPA selaku agensi di bawah PBB menyatakan kesediaannya untuk mengedarkan bantuan kepada mangsa konflik etnik Rohingya dalam misi menyelamatkan nyawa melalui penghantaran ubat-ubatan.
UNFPA menegaskan mereka komited melindungi hak dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan di kawasan Rakhine Myanmar, tanpa mengira etnik atau agama.
Sumber: http://ulamasedunia.org/2016/12/01/wanita-dan-kanak-kanak-rohingya-mesti-dibela/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo