NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trump pemimpin semberono - Obama

Tidak kira betapa bijak pun anda, anda perlu mendapatkan maklumat yang bijak untuk membuat keputusan yang tepat
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyifatkan bakal presiden Donald Trump sebagai pemimpin yang tiada hala tuju sebenar berikutan kenyataannya yang enggan mendengar taklimat keselamatan harian.

Dalam sebuah temubual program bual bicara The Daily Show bersama Trevor Noah, Obama berkata Agensi Keselamatan AS mempunyai ramai pakar yang bekerja keras demi negara itu.

Menurut beliau lagi, seorang presiden seperti Trump yang tidak mahu mendengar perspektif mereka yang lebih pakar, akan mengalami kerugian.

“Apabila Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) digodam, kami dengan pantas mengarahkan agensi kami untuk menyiasat apa yang telah terjadi dan kami bercadang untuk mengumumkan pada Oktober mengenai semua pihak yang terlibat bersama perisikan Rusia bertanggungjawab dalam menggodam DNC dan memperoleh maklumat curi. Itu adalah sebulan sebelum pilihanraya. Ia bukanlah rahsia,” jelas Obama.

Obama juga menjelaskan bahawa penglibatan Rusia dalam kontroversi penggodaman email ahli Parti Demokrat sewaktu pilihan raya November lepas bukanlah satu rahsia.

“Bakal presiden mungkin mengatakan satu perkara dan melakukan satu perkara yang lain kerana kebenarannya adalah dunia ini sangat rumit. Tidak kira betapa bijak pun anda, anda perlu mendapatkan maklumat yang bijak untuk membuat keputusan yang tepat.

Baca selanutnya: http://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-pemimpin-semberono-obama-125458
© all rights reserved
made with by templateszoo