NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu - 1321 mangsa banjir, lima daerah terlibat

Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan  849 mangsa daripada 251 keluarga
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak apabila lima daerah di negeri itu di landa banjir hari ini.

Menurut Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Lt Kol (APM) Che Adam A Rahman, sehingga jam lima petang tadi sejumlah 1,321 mangsa  daripada  362 keluarga ditempatkan di 26 pusat pemindahan.

Dia yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri berkata daerah Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan  849 mangsa daripada 251 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Di Marang, enam pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 222 mangsa daripada 52 keluarga.

Sementara di Besut empat  sekeluarga dari Felda Tenang ditempatkan pusat pemindahan Gerakan Desa Wawasan.

Tiga  pusat pemindahan turut dibuka di daerah Setiu bagi menempatkan 214 mangsa daripada 51 keluarga.

Manakala di daerah Dungun 32 mangsa membabitkan 7 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-daerah-di-terengganu-dilanda-banjir-127500


© all rights reserved
made with by templateszoo