NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tinggalkan perisian haram, hijrahlah ke perisian halal

ada yang terlupa bahawa selama ini dirinya berkarya menggunakan alat yang diperolehi melalui jalan yang tidak halal. 
Pengamal media kadangkala terlepas pandang isu perisian cetak rompak. Ketika mereka bangun memperjuangkan perlindungan hak cipta ke atas harta intelek masing-masing, ada yang terlupa bahawa selama ini dirinya berkarya menggunakan alat yang diperolehi melalui jalan yang tidak halal.  Lalu tidak hairanlah jika manusia lain tidak dapat menghargai nilai titik peluhnya kerana dia sendiri terlupa untuk menghargai nilai titik peluh mereka yang membangunkan perisian seperti MS Office, Photoshop, Illustrator, Premiere dan sebagainya.

Tidak dinafikan, harga perisian profesional ini mahal. Nilai yang tinggi itu setimpal dengan mutu hasil kerja yang dapat disiapkan dengan bantuannya. Maka, wajar sekali pengeluarnya meletakkan harga sedemikian.

Bagi pengamal media yang mahu tulus dalam amalannya, eloklah memperhalusi soal keberkatan dalam amalan seharian termasuklah menggunakan alat yang diperolehi melalui cara yang sah. Hatinya perlu sentiasa memerhatikan pilihan perisian yang boleh dijadikan alternatif kepada perisian cetak rompak.

Dewasakini, pencarian ini tidaklah begitu sukar. Telah ada beberapa laman web yang menyenaraikan perisian percuma sebagai alternatif kepada pilihan berbayar. Perisian ini mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan perisian profesional berlesen. Ia mungkin tidak sempurna atau sehebat perisian berlesen namun pembangunnya telah memberi keizinan kepada kita untuk menggunakan perisian ini tanpa menuntut sebarang bayaran.

Antara laman web menyenaraikan senarai perisian percuma termasuklah:
1) www.portableapps.com
2)  www.fosshub.com
3) www.sourceforge.net

Selamat berhijrah!
© all rights reserved
made with by templateszoo