NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada tarikh tamat tukar kad ATM

Tiada caj dikenakan kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya tidak menukar kepada kad baharu. Mereka boleh mengantikan kad tersebut secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu. Kad sedia ada masih boleh digunakan di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu.
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan pihak bank bakal mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapkan. 

BNM dalam satu kenya­taan menerusi Facebook hari ini turut menegaskan, orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.

“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, pihak bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1 300 88 5456.

Baru-baru ini, orang ramai mula menyerbu bank untuk menukarkan kad bank mereka kerana bimbang kad tersebut tidak dapat digunakan dan akan dikenakan caj selepas satu mesej amaran mengenainya menjadi viral di laman-laman sosial.

© all rights reserved
made with by templateszoo