NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarikh Perbicaraan Kes Rasuah Lim Guan Eng Ditetapkan



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini, menetapkan 21 Mac 2017 sebagai tarikh perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.
Georgetown: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini, menetapkan 21 Mac 2017 sebagai tarikh perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail turut menetapkan 6 Januari 2017 sebagai tarikh lanjutan pengurusan kes untuk pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen akhir.

“Perbicaraan kes ini akan bermula 27 Mac 2017 dan kita minta pihak pendakwaan melengkapkan dokumen sebanyak 13,000 halaman pada 6 Januari supaya kes dapat berjalan dengan cepat,” katanya.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Guan Eng pula diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala Phang diwakili Hisyam Teh Poh Teik.

(myMetro)

Sumber: http://wp.news365.my/?p=2085813
© all rights reserved
made with by templateszoo