NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarif elektrik kekal hingga 30 Jun depan

Kadar purata tarif elektrik asas untuk pengguna di Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal pada harga sama bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.

KUALA LUMPUR: Kadar purata tarif elektrik asas untuk pengguna di Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal pada harga sama bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pengguna tidak akan membayar bil elektrik lebih tinggi sekiranya mereka mengekalkan penggunaan pada kadar sama.

“Kerajaan turut bersetuju melepaskan penjimatan daripada mekanisme Pemindahan Ketidakseimbangan Kos (ICPT) sebanyak RM766.33 juta melalui rebat tarif elektrik, iaitu 1.52 sen per kiloWatt jam (kW/j) di Semenanjung, namun tertakluk kepada penggunaan elektrik 300 kW/j dan ke bawah.

“Sabah dan Labuan juga diberi rebat sebanyak 1.20 sen kW/j kepada pengguna dalam kategori yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hingga kini, katanya, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna di Semenanjung adalah RM4.099 bilion manakala Sabah sebanyak RM126.26 juta yang diberikan kerajaan dari 1 Mac 2015 hingga 30 Jun, tahun depan.

Beliau berkata, rebat 1.52sen/kWj membabitkan kos keseluruhan RM766.33 juta diperoleh menerusi semakan tarif menerusi mekanisme ICPT, bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, tahun ini.

“Antara faktor yang menyumbang kepada pemberian rebat ini ialah penurunan harga Gas Asli Cecair (LNG) di pasaran dunia dan peningkatan kecekapan loji jana kuasa arang batu,” katanya.

Maximus berkata, selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api, harga gas berpaip di Semenanjung dinaikkan sebanyak RM1.50 per MMBtu, iaitu daripada RM19.70 kepada RM21.20 per MMBtu, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Kenaikan itu, katanya, tidak memberi kesan secara langsung kepada pengguna kerana berupaya ditampung menerusi penurunan harga LNG di pasaran dunia dan pengurangan penggunaan bahan api berkenaan dalam penjanaan elektrik.

#INFO

* RM468 juta – jumlah tanggungan subsidi diberikan kerajaan untuk pengguna di Sabah dan Labuan.

* Tiada kenaikan tarif elektrik sejak 1 Januari 2014 untuk mereka yang menggunakan elektrik 300 kWj ke bawah.

http://www.bharian.com.my/node/223768
Foto - themalaymailonline.com
© all rights reserved
made with by templateszoo