NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak Benar 700,000 Warga Asing Di Johor dapat Kad Pengenalan

Adalah tidak benar ke atas dakwaan bahawa kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing.

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing di Johor untuk menjadi pengundi di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi kerajaan Malaysia.

“Ini merupakan hak eksklusif kerajaan persekutuan yang tidak ditawarkan dan tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya.

“Adalah tidak benar ke atas dakwaan bahawa kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing,” katanya.

Alwi berkata setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian yang terperinci seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutian.

Ini kerana ia akan menyebablan individu yang berkenaan menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini dinikmati seseorang yang berstatus warganegara sahaja, katanya.

“Kementerian sentiasa komited dalam memastikan semua penganugerahan kewarganegaraan adalah teratur dan mematuhi perundangan yang berkuat kuasa agar keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/09/tak-benar-warga-asing-di-johor-dapat-kad-pengenalan/
© all rights reserved
made with by templateszoo