Senarai Akhir Anugerah Puskas Diumum Esok






Setiap hari, jumlah tontonan untuk jaringan Mohd Faiz meningkat sekitar 10,000 tontonan.

KUALA LUMPUR: Debaran bakal berakhir hari ini untuk mengetahui sama ada jaringan Mohd Faiz Subri berada dalam senarai terakhir Anugerah Puskas anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Berpandukan jumlah tontonan jaringan Mohd Faiz di laman YouTube, penyerang Pulau Pinang itu kekal mendahului calon lain, termasuk Lionel Messi dan Neymar dengan 1,337,293 kali tontonan (setakat jam 5 petang hari ini). 

Setiap hari, jumlah tontonan untuk jaringan Mohd Faiz meningkat sekitar 10,000 tontonan, begitu juga jumlah tontonan video jaringan pemain lain. 

Walaupun jumlah tontonan itu tidak menggambarkan jumlah undian untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, pelayar laman berkenaan disebut-sebut sebagai antara calon utama untuk layak ke pusingan seterusnya, selain dikatakan mampu memenangi anugerah anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu. 

Di tempat kedua, Marlone dari Brazil, manakala Messi (Argentina) dan Neymar (Brazil), di tangga ketiga dan keempat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/219067
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget