Header Ads

Selamatkan Umat Syria Dan Aleppo

Saya percaya punca utama pergolakan yang berlaku adalah akibat daripada kezaliman pemerintahan ke atas rakyatnya. Bukan pertembungan Sunni vs Syiah. 
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ustaz Salman Ali, Ustaz Rozaimie Ramli dan Dr MAZA menyindir kehadiran TG Haji Hadi ke konferens perpaduan ummah. Tidak pelik, kerana mereka berpegang dengan idea perang di Syria adalah perang sektarian, yakni perang akibat mazhab (Sunni vs Syiah). 

2) Bukan mereka sahaja, tetapi kumpulan yang dituduh sebagai Wahabi (yang mereka nafikan), memang mempercayai ia adalah perang sektarian. Meyakini secara jelas yang Syiah sedang berpakat dengan Russia membaham saudara kita di Syria/Aleppo.

3) Saya rasa TG Haji Hadi ke sana bukanlah untuk memihak kepada USA atau Russia, Sunni atau Syiah. Beliau ke sana untuk menjadi orang tengah mendamaikan pihak yang bertelagah dalam usaha menyelamatkan puluhan ribu rakyat Aleppo dan Syria daripada terus menjadi mangsa.

4)Yang awak sindir dia sebagai "Bermesra dengan perogol saudara kamu, pembunuh saudara kamu adalah sikap penghinaan kepada saudara sendiri!" itu kefala vana apa? You hanya nampak perang antara Sunni dan Syiah. You tak pandang penderitaan umat di sana yang tidak terlibat pun dengan perang.

5) Saudi ada kepentingan. USA ada kepentingan. Russia juga ada kepentingan. Anda beriman dengan media-media sebelah pihak tanpa tabayyun sebagai agamawan yang 'pakar' hadis. Saya tidak nafikan kezaliman Basyar Assad. Namun berita yang kita dapat daripada media-media antarabangsa belum tentu tepat. Ia adalah bercampur dengan ulasan dan emosi penulis berita, yang mungkin juga telah dibrainwash cara berfikirnya.

6) Saya percaya punca utama pergolakan yang berlaku adalah akibat daripada kezaliman pemerintahan ke atas rakyatnya. Bukan pertembungan Sunni vs Syiah. Kemudian faktor luar datang menyemarakkan semangat kumpulan-kumpulan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah.

7) Faktor luar itu datang dengan agenda hegemoni untuk menguasai rantau dari segi politik dan ekonomi. Penguasaan hegemoni blok US dan Barat mahu dilebarkan ke Syria sebagaimana mereka berjaya menakluki Iraq dan Libya yang suatu masa dahulu berstatus musuh kepada penguasaan mereka di rantau itu.

8) Untuk menyembunyikan agenda tersebut, mereka mencanang perang sektarian Sunni vs Syiah, supaya dunia melihat perang itu bukan disebabkan mereka. Ia adalah seranpang tiga mata, atau satu batu membunuh tiga ekor burung.

9) Satu perang yang bakal membolehkan mereka menguasai rantau, mencemarkan imej Islam dan memberitahu dunia bahawa mereka adalah penyelamat. Tindakan mereka ini pula membuka mata satu lagi blok kuasa besar, yakni Russia dan sekutunya, untuk datang menyelamat rantau daripada pengaruh hegemoni USA dan Barat. Mangsanya adalah umat Syria dan Aleppo, bukan sahaja umat Islam, bahkan umat Kristian juga di dalamnya menjadi mangsa. 

10) Bukankah dalam youtube dan facebook banyak menunjukkan kekejaman tentera basyar dan kejahatan Syiah membunuh saudara kita di sana? Anda perlu faham. Perang ini sudah berlanjutan sekian lama, sehingga punca awalnya tenggelam dek propaganda. Video itu boleh jadi benar, boleh jadi manipulasi. Tidak pelik jika ada video itu benar sekalipun kerana fasa sekarang boleh dianggap fasa kejayaan propaganda sehingga kumpulan-kumpulan yang bertelagah juga terperdaya dengan Sunni vs Syiah, lalu berperang atas nama Sunni vs Syiah.

10) Luaskan pembacaan anda. Jika anda rasa ia sektarian, saya khuatir anda hanyalah terperdaya dengan mainan media hegemoni musuh yang sebenar. Kita kata Syiah jahat atas alasan video dan berita. Begitu juga di pihak sana, orang Syiah disajikan dengan video yang sama  dikatakan keganasan Sunni terhadap mereka. Akhir sekali perang semakin kuat menyala, dendam semakin bernanah membarah. Siapa yang menang akhirya?

Sekian

TG Haji Hadi mengambil tindakan .. berikhtiar utk mendamaikan sesama Islam sama ada yg menzalimi atau yg di zalimi.

Sumber Gambar: http://cms.kienthuc.net.vn/zoom/1000/uploaded/bichhanh/2016_11_30/loat-anh-chien-thang-cua-quan-doi-syria-o-dong-aleppo-hinh-8.jpg