NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

⁠⁠⁠Resepi Keluarga Osem

harta yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh adalah perhiasan dunia dan kebahagiaan akhirat


Oleh: Walid Ameerul Haq

Bahan-Bahan:
1 Kilo : Kesabaran Berkualiti
1/2 Kilo : Senyuman Manis
100 gram : Keinsafan Tulus
1 Kilo : Kepasrahan
1 Cupak : Perasa Amanah
1/2 Kilo : Prihatin
1 Kilo : Ibadah
10 Ulas : Budi Pekerti
5 Tangkai : Cermin Diri
10 Gelas : Kerjasama
5 Kilo : Ilmu Pengetahuan

Cara Mengadunkannya :

Ambil serbuk IBADAH, bancuh dengan KESABARAN BERKUALITI dan uli hingga sebati bersama ILMU PENGETAHUAN.

Panaskan santan KEINSAFAN dengan suhu rendah kemudian masukkan tepung KEPASRAHAN dan kacau hingga mendidih.

Masukan manisan AMANAH ke dalam periuk dan gaul hingga bewarna masak. Setelah masak limpahkan cecair PRIHATIN dan hiaskan dengan BUDI PEKERTI.

Akhir sekali hidangkan untuk keluarga dan lancarkan KELUARGA BAHAGIA dengan KERJASAMA semua ahli keluarga.

Wahai Ibubapa Berdoalah

“ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah imam bagi orang yang bertaqwa”

Ketahuilah harta yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh adalah perhiasan dunia dan kebahagiaan akhirat

Kredit Foto: Yuri_Arcurs

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo