NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayuan infak dan wakaf untuk pemasangan bumbung masjid Siti Khadijah (MANDIRI) Kompleks Pendidikan An Nur Besut Terengganu.

kempen derma dan wakaf bumbung untuk mengumpulkan sebanyak 200k


Alhamdulillah, proses pembinaan Masjid Siti Khadijah yang juga kami gelarkan masjid tahfiz an nur sedang rancak berjalan. Dirasmikan pecah tanah oleh almarhum Tuan Guru Dr Haron Din pada mac 2016, seterusnya pembinaan pada bulan Jun 2016. Tanpa lelah, pembinaan berjalan tanpa menghiraukan hujan dan panas, kering poket atau mencurah dana.


Kami hanya menjalankan amanah yang muslimin dan muslimat pikulkan kepada kami, berdepan dengan cabaran yang rencam namun demi kelangsungan pendidikan Islam kami tegarkan tekad. November dan Disember ini masjid akan memasang bumbung dengan kos 200 000 ringgit, kami mempunyai masalah dengan kantung wang dan sangat mengharapkan dokongan muslimin dan muslimah dalam dan juga luar negara.


Pihak Muslim Care dalam bulan november dan disember ini melancarkan kempen derma dan wakaf bumbung untuk mengumpulkan sebanyak 200k. Teman-teman boleh menyebarluaskan maklumat ini, membantu kempen dan menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun rasmi (Muslim Care Malaysia):

Maybank: 5644 9041 3882
RHB : 26-2120-0000-4747
Bank Muamalat: 14-0100-0765-4717
BIMB :
14-0320-1009-3666

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Safuan 013-4886447, Ashraf 019-2795849, Mahfuzah 013-3297489 dan Ustaz Faizal 014-2157296.

(Dr Riduan Mohamad Nor, Pengerusi Kompleks Pendidikan An Nur) Ustaz Riduan Mohd Nor
© all rights reserved
made with by templateszoo