NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPBM akan runding dengan PAS hingga tahun depan, kata Muhyiddin

Sebagai parti baharu kita mengingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberikan masa sehingga tahun depan untuk berunding dengan PAS yang sehingga kini masih belum bersetuju untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang, kata Presiden PPBM Muhyiddin Yassin.

Tempoh itu diperlukan sebelum keputusan dibuat untuk menutup pintu terhadap parti Islam itu, kata Muhyiddin.

"Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama (antara kita).

"Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan ... tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama kerangka kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau memberitahu rakan-rakan (PH) semasa mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan sebelum ini.

Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu.

Tak Guna Kerjasama Kalau PPBM Tak Diberi Kerusi

"Sebagai parti baharu kita mengingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang.

"Kalau tidak... tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu daripada sokongan moral.... (tetapi) tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama politik antara PPBM dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Lagi berita:
http://www.malaysiakini.com/news/366048
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/13/tak-guna-kerjasama-ppbm/
© all rights reserved
made with by templateszoo