NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesawat Rusia Ke Syria Terhempas

dilaporkan membawa kumpulan koir tentera bagi meraikan satu majlis sambutan di Syria


MOSCOW: Pesawat tentera milik Kementerian Pertahanan Rusia, TU-154 yang terhempas pada Ahad dilaporkan membawa kumpulan koir tentera bagi meraikan satu majlis sambutan di Syria.

Menurut laporan portal berita Rusia, RT, sebahagian besar penumpang pesawat malang itu terdiri daripada ahli kumpulan koir dikenali sebagai Alexandrov Ensemble.

Difahamkan 60 ahli kumpulan tersebut adalah antara 91 penumpang yang akan ke Syria bagi mengadakan konsert sempena sambutan Tahun Baru di sana.

Setakat ini, antara yang disahkan maut dalam nahas pesawat itu ialah aktivis kemanusiaan terkemuka Rusia, Elizaveta Gklinka.

Pesawat malang itu hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ketika melintasi ruang udara di Laut Hitam berdekatan pesisiran Sochi.
© all rights reserved
made with by templateszoo