NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasaran Getah Ditutup Tinggi



Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan bekalan terhad ekoran cuaca basah


KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan bekalan terhad ekoran cuaca basah di negara pengeluar getah utama, kata peniaga. 

Seorang peniaga berkata jangkaan peningkatan minat belian dari China, ringgit lemah berbanding dolar AS dan kenaikan harga minyak semalaman juga memberikan sokongan kepada pasaran getah. 

"Pelabur memberikan reaksi positif kepada berita Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari kepada 32.5 juta tong sehari, mulai Januari 2017 bagi tempoh enam bulan," kata peniaga itu. 

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat tujuh sen kepada 769.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 0.5 sen kepada 576.50 sen sekilogram. 

Harga fizikal tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 meningkat 14.5 sen kepada 762.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik satu sen kepada 576.0 sen sekilogram. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/219052

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo