NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sedia Memerintah Malaysia Dengan Prinsip Islam

PAS bersedia untuk memerintah negara ini dengan memimpin dan mentadbir perubahan negara dengan prinsip Islam pada pilihan raya umum kali-14 (PRU14). Majoriti anak-anak muda akan menolak ‘rejim’ Umno dan Barisan Basional pada PRU 14 nanti.

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS bersedia untuk memerintah negara ini dengan membawa prinsip Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW, selepas pada pilihan raya umum kali-14 (PRU14) yang dijangka pada bila-bila masa antara Mac hingga Julai tahun hadapan.

Ahli JawatanKuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, Umno telah memalu gendang perang PRU14 pada Perhimpunan Agungnya minggu lalu.

“gendang ‘perang’ telah dipalu……..dan dipihak PAS pula telah bersedia seratus peratus untuk menghadapi PRU14,”ketika ditemui selepas disini, selepas menghadiri Tamrin PAS Pusat yang diadakan di Rusila, Marang pada Sabtu Disember.

Beliau berkata, PAS telah menggerakkan seluruh jentera dan diantara usaha yang akan kita buat ialah untuk mengekalkan momentum tenaga kerja melalui himpunan-himpunan besar antaranya Himpunan Sokongan RUU355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017

Menurutnya, program yang akan diadakan di Lembah Kelang dijangka menarik lebih 200 ribu orang, bukan sekadar petugas PAS, bahkan para penyokong dan seluruh jaringan sivil (sivil society) serta para NGO Islam.

“dan kita akan mengadakan Himpunan Fastaqim 2.0 yang merupakan kesinambungan Fastaqim 1.0 yang diadakan di Kota Baharu yang telah kita himpunkan lebih 100 ribu ahli-ahli kita,

“dan Fastaqim 2.0…….kita mensasarkan 200 ribu petugas-petugas PAS dan anak-anak muda disemua peringkat dan saya yakin dan percaya, dengan semangat mereka yang yang melihat kegagalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional,”jelasnya.

Antaranya, kata beliau negara kita mengalami krisis ekonomi yang parah pada hari ini dengan RM800 billion hutang luar dan kejatuhan nilai ringgit yang sangat teruk serta ‘kesenjangan’ ekonomi yang sangat dahsyat.

Katanya, inflasi mulai dirasai oleh rakyat negara ini, dengan kadar tukaran wang asing yang jauh merosot berbanding nilai ringgit kita.

Oleh itu beliau yakin dengan situasi sosio politik semasa, kelompok kelas menengah Melayu dan majoriti anak-anak muda akan menolak ‘rejim’ Umno dan Barisan Basional pada PRU 14 nanti.

“Negeri Terengganu merupakan antara negeri yang PAS sasarkan untuk mencapai kemenangan, kawasan-kawasan ‘Malay Belt’ (majoriti orang Melayu) dan perlu diingat bawa Terengganu merupakan negeri yang pertama PAS menang dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun 1959,

“kita juga mensasarkan untuk mempertahankan Kelantan serta merampas kembali negeri Kedah yang kita menangi pada tahun 2008 yang lalu, in sha Allah,“tegas beliau.

Justeru itu, kata beliau, sebagaimana Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar yang lalu, PAS akan memimpin dan mentadbir perubahan negara dengan membawa prinsip Islam .

“kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyah dengan membawa ‘jahiliyah yang baru’………..jadi PAS dengan prinsip Islam dan kita yakin dan percaya dengan latarbelakang golongan professional dan aktivis serta para asatizah,

“PAS mampu mendapat sokongan rakyat pada PRU14 nanti,“ujarnya yakin.

http://www.buletinonline.net/v7/index.php/pas-sedia-memerintah-malaysia-dengan-prinsip-islam/
© all rights reserved
made with by templateszoo