NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paras air Sungai Pahang meningkat


Orang ramai diminta supaya sentiasa berada dalam berjaga-jaga dengan kemungkinan berlakunya banjir pada bila-bila masa. - Ketua Polis Daerah, Superintenden Azid Ismail 


JERANTUT 11 Dis. - Hujan berterusan kadangkala lebat di daerah ini sejak petang kelmarin mengakibatkan paras air Sungai Pahang meningkat sehingga hampir menenggelamkan dua buah kenderaan yang diletakkan di kawasan jeti Kuala Tahan, di sini.

Kenderaan yang hampir tenggelam sepenuhnya itu adalah sebuah van milik sebuah syarikat pelancongan yang dikatakan diletakkan di kawasan berkenaan kerana rosak manakala sebuah lagi adalah kereta yang dipercayai disewa oleh pelancong asing.

Kedua-dua buah kenderaan itu diletakkan di kawasan yang rendah dan sering dinaiki air ekoran cuaca tidak menentu pada masa ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azid Ismail ketika dihubungi menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana paras air Sungai Pahang masih normal.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berada dalam berjaga-jaga dengan kemungkinan berlakunya banjir pada bila-bila masa. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/terkini/paras-air-sungai-pahang-meningkat-1.418804#sthash.CMfpWb56.dpuf
© all rights reserved
made with by templateszoo