Paraglider dikhuatiri mati lemas - 1Media.My

Header Ads

Paraglider dikhuatiri mati lemas

seorang nelayan ternampak paraglider berkenaan terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari pantai tersebut


KUALA TERENGGANU: Seorang paraglider dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, Marang, petang Rabu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata seorang nelayan ternampak paraglider berkenaan terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari pantai tersebut.

"Nelayan terbabit kemudian membuat laporan mengenai kejadian tersebut kepada pasukan keselamatan dan bertindak atas laporan itu, pihak bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) segera ke lokasi kejadian pada 6.43 petang.

"Seramai 39 anggota dan pegawai bersama sebuah unit bot penyelamat bomba dan sebuah unit bot penyelamat APM digunakan dalam operasi mencari mangsa," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Setakat ini, beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat juga terpaksa dihentikan buat sementara dan disambung pada Khamis berikutan ombak besar yang berbahaya kepada pasukan penyelamat," katanya.

- BERNAMA