NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Panggil Segera Sidang Khas Parlimen Malaysia

Kerajaan mesti segera memanggil Sidang Khas Parlimen Malaysia untuk negara bermesyuarat dan mengambil ketetapan rasmi dan tegas serta langkah yang berkesan bagi menamatkan kekejaman ke atas ummat Islam Rohingya secepat yang boleh.

1. Menyedari keperluan semasa dan kepentingan ummat yang seagama dan seaqidah, setelah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang melampau ke atas ummat Islam di Rohingya, maka Malaysia wajib mengambil satu langkah yang berkesan untuk menangani isu Rohingya ini.

2. Ummat Islam dan rakyat negara ini telah mengambil pelbagai langkah. Menyerahkan memorandum ke Kedutaan Mynmar, berhimpun menyatakan solidariti, berforum dan wacana, solat hajat dan bermunajat, menghantar flotilla kemanusiaan ke Arakan dan sebagainya.

3. Maka kini, tindakan yang lebih efektif mesti diambil  oleh pihak kerajaan Malaysia yang kebetulannya YAB Perdana Menteri selaku ketua kerajaan hadir dalam Himpunan Solidariti Ummah yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

4. Kerajaan mesti segera memanggil Sidang Khas Parlimen Malaysia untuk negara bermesyuarat dan mengambil ketetapan rasmi dan tegas serta langkah yang berkesan bagi menamatkan kekejaman ke atas ummat Islam Rohingya secepat yang boleh.

Inilah Penyelesaian Kita

Sekian
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
© all rights reserved
made with by templateszoo