NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan tak diperlukan di Kelantan dan Terengganu


Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP

PAS Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di 2 negeri terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Parti Amanah Negara (PAN) tidak perlu memberi nasihat atau cadangan kepada PAS kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.

“Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP,” katanya hari ini.

Beliau sebaliknya mengingatkan PAN untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan parti itu dibubarkan.

“Di peringkat pusat sendiri ada cadangan daripada pemimpin PKR supaya PAN  ini dibubarkan dan bergabung dengan PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama  PAN pun sedar tidak ada sebab untuk Amanah ini wujud.

“PKR sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan PAS, tetapi tidak pernah lagi mereka beri cadangan supaya PAS dibubar dan bergabung dengan PKR. Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri.”

Katanya, PAS Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi arahan PAS pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan PH, termasuk PAN berhubung soal pembahagian kerusi.
“PAS Terengganu sedia berdepan pertandingan 3 penjuru, PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah memerintah 2 kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.

“Setakat ini, kerusi yang kita bertanding pada PRU lepas kita kekal bertanding dan kita juga putuskan bertanding di semua kerusi di Terengganu melibatkan 8 Parlimen dan 32 DUN. Soal pembahagian kerusi dengan PKR, kita tunggu bagaimana keputusan PAS pusat,” katanya.

Selasa lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan PH untuk PRU14, sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti Islam itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu dengan syarat mareka bekerjasama dengan pakatan berkenaan.

“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mengetuai’ Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS ‘mengetuai’ di Kelantan and Terengganu,” kata Khalid.


© all rights reserved
made with by templateszoo