NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masalah jemaah umrah terkandas hampir selesai

Sebahagian daripada 100 mangsa yang terkandas di sebuah hotel di Nilai, Seremban sejak seminggu lalu gara-gara sebuah agensi pengurusan umrah didakwa gagal mendapatkan penerbangan ke Mekah untuk mereka.

PUTRAJAYA 15 Dis. - Kerajaan bersama Tabung Haji akan membantu menyelesaikan masalah bakal jemaah umrah yang terkandas di Nilai sejak beberapa hari lalu berikutan masalah penerbangan yang tidak mendapat kelulusan mendarat di lapangan terbang di Jeddah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kelulusan untuk mendarat atau ‘landing right’ perlu dipatuhi di mana-mana lapangan terbang di seluruh dunia.

Sehubungan itu, kata beliau, proses untuk mendapat kelulusan mendarat itu mungkin akan mengambil masa.

“Kita faham dengan proses itu memandangkan keadaan di lapangan terbang di Jeddah yang sangat padat. Atas sebab itu, mereka (kerajaan Arab Saudi) memberi perhatian dalam hal ini supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kerajaan cuba untuk membantu jemaah umrah itu, namun pihak syarikat penerbangan yang mengendalikan jemaah itu juga perlu menumpukan kepada tuntutan peraturan penerbangan yang diminta oleh pihak Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Multaqa Perundangan dan Politik anjuran Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/masalah-jemaah-umrah-terkandas-hampir-selesai-1.420189

foto - utusan online
© all rights reserved
made with by templateszoo