NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAHA 2016: Presiden PAS ucap terima kasih

Sukacita saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang telah menjemput, mengurus dan melayan saya dan rombongan semasa lawatan ke tapak MAHA 2016 semalam ( 5.12.2016). Semoga usaha meningkatkan hasil pertanian negara mencapai kejayaan
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang terbabit semasa lawatannya semalam (5.12.2016). Perkara itu dinyatakan dalam facebook beliau hari ini. 
“Sukacita saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang telah menjemput, mengurus dan melayan saya dan rombongan semasa lawatan ke tapak MAHA 2016 semalam ( 5.12.2016).
“Semoga usaha meningkatkan hasil pertanian negara mencapai kejayaan,” ujar beliau.
MAHA 2016 berlangsung dari 1 Disember hingga 11 Disember di MAEPS, Serdang dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
MAHA mempamerkan terkini dalam teknologi pertanian, makanan agro dan produk dan perkhidmatan berasaskan pertanian.
Pameran kali ini bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita - Our Food Our Future", dan menampilkan kira-kira 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.
Tiada tiket atau bayaran dikenakan untuk masuk ke Pameran MAHA 2016. Hanya tapak letak kereta akan dikenakan bayaran RM5 untuk sebuah kereta.

Sumber:http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43495-maha-2016-presiden-pas-ucap-terima-kasih
© all rights reserved
made with by templateszoo