NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MADTAAF: Pelajar Ke-9 Berjaya Mengkhatam 30 Juzu' Al-Quran

Pelajar ke-9 MADTAAF yang juga merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berjaya menamatkan dan mengkhatam hafazan 30 juzuk Al-Quran


Laporan: ONE MS

JOHOR BAHRU, 2 Disember 2016 (Jumaat) - Seorang lagi pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Faizin (MADTAAF) berjaya menamatkan dan mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Atiqah Binti A.Khawja Nazimudeen merupakan pelajar ke sembilan yang telah berjaya menamatkan pengajian semenjak pusat tahfiz itu ditubuhkan.

Beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP MADTAAF) berjaya mengkhatamkan hafazan itu selama 2 tahun 7 bulan. Walaupun mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang sangat besar di pusat itu, beliau membuktikan bahawa tanggungjawab yang diberikan bukanlah alasan yang boleh menghalang daripada menamatkan pengajian tersebut.

Mudir MADTAAF, Ustaz Abd Haffizd yang juga merupakan Ketua Lajnah Penerangan dan Multimedia mengucapkan tahniah kepada ibubapa beliau, Tuan A.Khawja Nazimudeen dan Puan Muzalina yang terus dan sentiasa istiqamah memberi sokongan, semangat dan dorongan kepada anaknya untuk terus berjaya dalam bidang Tahfiz Al-Quran. Ibu beliau adalah merupakan Ketua Muslimat PAS Mersing.

"Jutaan tahniah kepada Guru Tahfiz beliau iaitu Ustazah Nur Amira Azwana kerana sentiasa memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan. Dengan usaha gigih dan semangat kental beliau, beberapa pelajar telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Mudah-mudahan Ustazah terus gigih mendidik bagi melahirkan lagi ramai para Huffaz yang bertaqwa dan profesional".

Ustaz Abd Haffizd juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang terus istiqamah membantu dari segi kewangan, makanan, idea dan doa untuk pihak pengurusan dan pelajar MADTAAF. 

"Anda juga adalah orang yang terlibat sama dalam gerak kerja melahirkan ramai lagi para Huffaz yang bertaqwa dan profesional".

MADTAAF ditubuhkan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 3hb Februari 2013. MADTAAF turut dibantu oleh beberapa orang lulusan Diploma dan Ijazah. Organisasi ini tidak menjanakan keuntungan sebaliknya sebuah organisasi pendidikan Al-Quran dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Untuk makluman, pihak MADTAAF telah mengeluarkan keputusan temuduga bagi pelajar sesi 2017. Seramai 9 pelajar tahap rendah dan 10 pelajar tahap menengah
telah berjaya pada sesi temuduga kali ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ustaz Abd Haffizd Bin Abd Karim di talian 013-6417186.

© all rights reserved
made with by templateszoo