NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan PT3 diumum Isnin ini

Calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) boleh mendapatkan keputusan pelaporan menengah rendah mereka di sekolah masing-masing mulai Isnin ini (19 Disember 2016).
KUALA LUMPUR: Calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) boleh mendapatkan keputusan pelaporan menengah rendah mereka di sekolah masing-masing mulai Isnin ini (19 Disember 2016).

Seramai 432,514 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di seluruh negara menduduki peperiksaan itu Oktober lalu.

PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.

PT3 diperkenalkan bagi menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi pelajar dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian mereka.

Pelajar Tingkatan Tiga akan dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.

http://www.bharian.com.my/node/224470
© all rights reserved
made with by templateszoo