NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen PAS Pilihanku bermula

terdapat minat yang tinggi terhadap Pas maka adalah wajar kempen ini dilancarkan
KUALA LUMPUR - Pas akan melancarkan kempen Pas Pilihanku yang akan bermula dari 1 Januari hingga 15 April 2017.

Pengarah Kempen Pas Pilihanku, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kempen tersebut adalah untuk menggalakkan Pas kawasan dan negeri menambah keahlian dalam parti.

"Kempen ini akan dilancarkan di seluruh negara mulai awal tahun depan.

"Kempen akan dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 21 Januari di Shah Alam. Pas Negeri akan mengadakan pelancaran mereka sebelum tarikh tersebut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya lagi, pihaknya telah menetapkan sasaran penambahan ahli untuk Kedah dengan 25,808 penambahan, diikuti dengan Kelantan iaitu sebanyak 18,255 dan Selangor, 15,759 penambahan.

Buat masa kini, katanya lagi, jumlah ahli Pas bagi seluruh negara adalah seramai 874,838 ahli.

"Pas melihat terdapat minat yang tinggi terhadap Pas maka adalah wajar kempen ini dilancarkan agar jentera parti dapat manfaatkam mereka.

"Kami yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan trend penambahan ahli sebelum ini," katanya lagi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/kempen-pas-pilihanku-bermula-tahun-depan-1.603768


© all rights reserved
made with by templateszoo