NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan - 1235 mangsa banjir, Sekolah Ditutup

Mangsa banjir di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah mencatatkan peningkatan jumlah


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Sehingga kira-kira 5 petang, jumlah meningkat kepada 1, 235 mangsa berbanding 2.30 petang, iaitu 766 mangsa.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman, berkata 477 mangsa daripada 154 keluarga berpindah di Kuala Krai, 721 mangsa di Jeli dan 37 di Tanah Merah, sehingga kira-kira 5 petang ini.

Katanya, 14 pusat pemindahan dibuka iaitu tujuh di Kuala Krai, lima di Jeli dan dua di Tanah Merah.

"Pertambahan mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air terus naik di kawasan kediaman penduduk.

"Kita bersama agensi keselamatan yang lain akan terus memantau keadaan banjir di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, 12 sekolah di Kelantan tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2017, esok, berikutan banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail, berkata sekolah yang ditutup membabitkan empat di Tanah Merah dan lapan di Kuala Krai.

Katanya, antara sekolah ditutup di Tanah Merah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla , Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

"Lapan sekolah ditutup di Kuala Krai membabitkan SK Pemberian; SK Karangan; SK Bahagia; SK Ladang Taku; SK Kuala Nal; SK Pasir Gajah; SK Pasir Kelang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pasir Gajah.

"Sekolah ditutup kerana laluan ke sekolah ditenggelami air dan merbahaya kepada keselamatan guru dan pelajar serta murid," katanya di sini, hari ini.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/node/193107


© all rights reserved
made with by templateszoo