Hijab adalah kemenangan bagi wanita - 1Media.My

Header Ads

Hijab adalah kemenangan bagi wanita

Saya belajar mengenai Islam kerana saya berminat untuk belajar tentang agama.
Diolah oleh: Aisyah Yamin

"Pemakaian hijab bagi saya adalah kemenangan bagi wanita", tegas Maria Martinez, seorang warga Mexico yang sebelum ini sangat bimbang akan perubahan identitinya diketahui oleh keluarganya sebelum memeluk Islam dua tahun yang lalu.


"Saya belajar mengenai Islam kerana saya berminat untuk belajar tentang agama. Saya mula membaca Al-Quran dan memilih tema peranan wanita dalam Islam untuk tesis sarjana muda saya. Rasa ingin tahu saya begitu besar sampailah saya memutuskan untuk berpuasa pada bulan Ramadan dan  memulakan solat. Sejurus selepas itu, saya memutuskan untuk menyatakan syahadah.

Pada mulanya, saya memakai tudung apabila ke masjid sahaja. Saya akan mengeluarkannya kerana saya merasa malu untuk menunjukkan kepada keluarga. Saya percaya mereka tidak akan faham.

Cabaran yang paling besar adalah ibu saya; dia tidak mahu melihat  anak perempuan nya menutup rambutnya. Suami saya, seorang Arab, tidak pernah menolak keinginan saya. Sebaliknya, beliau percaya fungsi hijab adalah untuk melindungi wanita, jadi tiada masalah untuk saya memakainya.

Suatu hari, saya mengambil keputusan untuk memakainya. Saya tahu bahawa saya akan menghadapi kecaman daripada masyarakat dan keluarga saya - dan mungkin saya juga akan kehilangan peluang pekerjaan profesional. Tetapi saya tidak peduli kerana, seperti yang kita maklum, barat memberi
hak untuk berpakaian atau telanjang seperti yang kita kehendaki, memakai hijab bagi saya adalah tuntutan hak kita sebagai orang Islam.

Pada mulanya, saya takut  orang ramai akan  mencemuh  saya.  Namun, secara keseluruhannya, sambutan adalah positif.

Orang ramai menghormati saya. Hijab memberikan peluang kepada saya untuk menunjukkan kepada mereka bahawa saya seorang wanita gembira. Ini juga menunjukkan bahawa seseorang boleh menjadi Muslim dan profesional - seorang pelajar, seorang ibu, dan mematuhi kod dan cara hidup dalam Islam. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar - semua mata memandang kepada kamu, dan kamu tidak boleh memberi imej buruk kepada Islam.

Sumber: http://www.aljazeera.com/indepth/features/2016/11/hijab-means-161121095821929.html