NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hapus rasuah: Kami berusaha bersungguh-sungguh - PM Singapura

photo ehsan Bernama
Singapura merupakan negara kelapan di dunia paling kurang mengamalkan rasuah, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan Transparency International, sebuah badan pemerhati yang berpangkalan di Berlin
SINGAPURA: "Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh," kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika ditanya bagaimana Singapura dapat mencatat pencapaian membanggakan sebagai sebuah daripada negara di dunia yang paling kurang amalan rasuah.

"Ia bukanlah mudah, bagaimanapun usaha ke arah itu perlu diteruskan. Langkah permulaan kami yang baik telah banyak membantu. Sejak dari mula lagi ketika PAP (People's Action Party) mengambil alih pada 1959, perkara ini diberi pertimbangan utama.

"Kami mahu mengendalikan sistem yang bersih, perkhidmatan awam yang bersih dan kepimpinan politik yang bersih. Kami begitu tegas dalam menguatkuasakannya," kata Lee dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Istana.

Singapura merupakan negara kelapan di dunia paling kurang mengamalkan rasuah, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan Transparency International, sebuah badan pemerhati yang berpangkalan di Berlin.

Singapura, yang mencatat pencapaian keseluruhan 85 dalam CPI 2015, berada pada kedudukan kedua di Asia daripada 168 negara dalam kaji selidik itu. -- Bernama

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1307464

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo