NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gangguan Bekalan Air Bermula Hari Ini

Gangguan bekalan air Syabas bermula 19 sehingga 24 Disember kerana kerja-kerja penyenggaraan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Hulu Selangor.

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air yang dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bermula hari ini sehingga 24 Disember akan menimbulkan kesulitan besar kepada penduduk di Selangor, lebih-lebih lagi perayaan Krismas akan disambut tidak lama lagi.

Bagi penduduk Selangor, gangguan bekalan air adalah perkara biasa setiap tahun dan bagi kebanyakan penduduk, gangguan bekalan ini tidak mengejutkan.

Gangguan bekalan terbaharu ini ialah disebabkan kerja-kerja penyenggaraan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Syabas berkata ia akan memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien di kawasan-kawasan terlibat di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur selepas loji-loji terlibat beroperasi semula.

Seorang penduduk, Shahful Shaffiq, 31, dari Gombak berkata beliau hari ini sibuk mengisi air ke dalam bekas air bagi menghadapi gangguan bekalan esok. - Bernama

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1312751

Foto - FMT
© all rights reserved
made with by templateszoo