NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesawat Pakistan Terhempas

Nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.
SADDHA BATOLNI (Pakistan): SEBUAH pesawat Pakistan terhempas pada hari Rabu ketika melakukan penerbangan domestik dari bandar utara pergunungan Chitral ke Islamabad, kata pihak berkuasa penerbangan.

Penerbangan PK661, Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, demikian menurut pihak berkuasa penerbangan awam kepada AFP.

Semua 48 mangsa terbunuh, sekaligus menjadikan ia salah satu daripada nahas penerbangan terburuk dalam sejarah negara itu.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) PK661 terhempas selepas salah satu daripada enjin turbopropnya gagal berfungsi semasa dalam penerbangan dari bandar Chitral ke Islamabad.

Pasukan penyelamat, termasuk ratusan penduduk kampung berusaha membawa keluar mayat dari bangkai pesawat, yang ditemui beberapa ratus meter dari daerah Abbottavad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Menurut seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, sebahagian pesawat masih lagi terbakar selama lebih lima jam selepas terhempas.

Sementara itu, pasukan penyelamat mengumpulkan mayat dan meletakkan kesemuanya di dalam beg sebelum dibawa ke Islamabad untuk proses pengecaman. - AFP

© all rights reserved
made with by templateszoo