NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Felda Chiku 7 terputus hubungan dilanda banjir kilat


"Jalan itu tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana tenggelam hingga paras dada dan mungkin tenggelam semula jika hujan lebat berterusan petang ini,"



GUA MUSANG 11 Dis. - Lebih 200 penduduk di Felda Chiku 7, di sini cemas apabila hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan mereka terputus hubungan selepas jalan utama ke kawasan itu dinaiki air.

Jalan yang menghubungkan Rancangan Tanah Felda Chiku 6 dengan Chiku 7 itu mula dinaiki air sedalam paras dada sejak pukul 10 malam tadi namun dilaporkan surut pukul 10 pagi ini.

Situasi itu menyebabkan tiga rumah peneroka dinaiki air namun setakat ini, tiada penduduk dipindahkan.
 
Menurut seorang penduduk, Mohd Latif Ismail, 56, jalan utama menghubungkan ke rancangan tanah itu mudah ditenggelami air jika hujan lebat berterusan dalam tempoh lima hingga enam jam.

"Ramai peneroka yang ingin keluar ke bandar Gua Musang untuk melakukan urusan harian dan membeli barang keperluan terkandas akibat banjir kilat ini. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 10 pagi.

"Jalan itu tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana tenggelam hingga paras dada dan mungkin tenggelam semula jika hujan lebat berterusan petang ini," katanya. -UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/terkini/felda-chiku-7-terputus-hubungan-dilanda-banjir-kilat-1.418808#sthash.joLIP8Gm.dpuf

© all rights reserved
made with by templateszoo