NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu Meranapkan Harapan

senyum dalam kesumat, ketawa dalam bersengketa 


KIRIMAN PEMBACA

Paradigma dangkal memahami arus politik sudah pasti akan tertipu dengan warna keghairahan melalui pelbagai pendekatan yang bertopengkan slogan membawa suara rakyat.

Baru-baru ini dua entiti yang boleh dikatakan Suam-suam Kuku galak melaungkan gabungan mereka bakal membawa satu gelombang baru dalam arena politik.

Hakikatnya sama sahaja disebabkan tidak puas hati ramai-ramai keluar tubuhkan gerakan baru kemudian canang merata-rata bahawa pendekatan mereka lebih telus dan dekat di hati rakyat.

Sebenarnya sama ada Pakatan Harapan atau Bersatu hanya seumpama angin-angin sepoi bahasa sahaja tidak lebih dari itu.

Gabungan mereka jelas menggambarkan dua-dua pihak telah mengalami simptom sesak, senak dan terdesak sehingga menyatakan mereka akan bertanding semua kerusi dalam PRU akan datang.

Orang dulu ada berpesan cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Politik memang ada ketikanya menggelikan hati apabila mereka terpaksa telan buah keras yang mereka buang dulu sebab katanya pendekatan semakin berubah mengikut zaman.

Perangai jelek parti yang dikatakan amanah bakal ditatap oleh rakyat Malaysia betapa ceteknya pemikiran mereka sehingga sanggup meletakkan agama sebagai pilihan bukan keutamaan.

Pakatan Harapan bakal diratah satu persatu oleh Bersatu yang akhirnya memperlihatkan mereka tiada pegangan sehingga panji putih dilayangkan sebelum tersungkur di pinggir kehinaan oleh rakyat.

Fitnah dan cacian dijadikan dasar mengalihkan rakyat kepada kebencian demi membutakan mata masyarakat menerima kebenaran serta memekakkan telingan rakyat mendengar janji Allah SWT untuk melaksanakan keadilan.

"Tidak payah tunggu PAS" ungkapan penuh bongkak langsung tidak pernah menggetarkan jiwa kepimpinan PAS malahan dalam masa sama mengharapkan PAS sertai mereka.

Harmoni yang dikatakan mereka sekadar menanam tebu dibibir manis sahaja senyum dalam kesumat, ketawa dalam bersengketa .

Bagaimanakah kesudahan telenovela mereka, saksikanlah dimanakah tugu peringatan mereka bakal dipasakkan atau hilang ditiup angin kencang tatkala ribut datang menyapa.

Oleh: Jemah Kuale
© all rights reserved
made with by templateszoo