NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 maut, 13 cedera, kemalangan 8 kenderaan

Sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum langgar kenderaan lain. 

SLIM RIVER: Dua terbunuh, 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

Nahas berlaku di kilometer 371.9 berhampiran susur keluar Slim River arah selatan sekitar jam 3.30 petang tadi.

Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai Maizura Aidul Badri, 34,dan Ridzuan Abdul Rajak, 33.

Jenazah mangsa bersama enam lagi yang cedera dibawa ke Hospital Slim River.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik kemalangan membabitkan empat buah kereta dan empat lori.

Sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum langgar kenderaan lain. Kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh 14 kilometer.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-maut-nahas-lapan-kenderaan-berhampiran-slim-river-126316

Foto – utusan online
© all rights reserved
made with by templateszoo