NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YARM tidak akan sebelahi mana-mana pihak - Zakaria

Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar segala perbuatan dan keputusan yang dibuat akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.
Pendirian YARM yang tidak menyebelahi mana-mana pihak telah menjadikan YARM badan Pertubuhan Bebas yang Telus dan dipercayai dalam Perjuangan Memerangi Rasuah. 

Kepercayaan ini terbukti dengan program-program anjuran parti politik dan badan-badan NGO dengan YARM bersama-sama duduk membincang, merangka, bertukar pandangan dan pendapat serta Majlis Ikrar Sumpah Anti Rasuah oleh PAS, UMNO, PARTI AMANAH RAKYAT, IDEAS, C4 dan banyak lagi.



TONGGAK 7 YARM


1. TIDAK
Rasuah Adalah Bapa Kepada Segala Jenayah. KATAKAN TIDAK

2. TAHU
Tahu Bahawa Rasuah Adalah SATU Kesalahan Dan Hukuman Nya Tersangat Berat Dan Di Laknati TUHAN. Neraka Jahanam Tempat Bagi Persauah.

3. TENGOK
Tengok Rasuah. Lapurkan Kepada SPRM Melalui Fax,  Pejabat SPRM, SMS Atau E-mail.

4. TEGUR
Tegur dan Nasihat Kawan-Kawan, Adik Beradik, Suami Isteri, Saudara Mara dan Anak-Anak. Teguran Kita Adalah Kerana Kasih Sayang Pada Mereka Dan Ingin Menyelamatkan Mereka Dari Penjara Dunia Dan Neraka Jahanam.

5. TOLAK
Tolak Rasuah. Rasuah Adalah Lebih Jijik Dari Najis. Rasuah Adalah Pengkhianat, Penderhaka dan Penghancur Negara.

6. TINGGALKAN 
Tinggalkan kalau Pernah Terlibat Dalam Rasuah. Cermin Diri. Benci Rasuah Perosak Harga Diri

7. TAUBAT
Taubat Pada Yang MAHA ESA Dan Mohon Keampunan NYA. Pintu Keampunan Sentiasa Terbuka. TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.     

Jauhkanlah hidup kita dari sifat tamak, mementing diri, tidak amanah dan mementingkan diri sendiri. Buatlah apa yang boleh kita buat. 

Jangan buat perkara yang kita tidak boleh buat seperti maksiat dan perbuatan haram. Tanamkan sifat Tawqa dan Integriti dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh dengan cabaran. 

Jangan kita ambil mudah dalam memperolehi sesuatu dengan perbutan yang salah dari sisi agama mahupun undang-undang. 

Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar segala perbuatan dan keputusan yang dibuat akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.

Jadilah Ahli YARM dengan melayari www.yarm.org.my bersama-sama kita memerangi Rasuah.

TANGGUNGJAWAB MEMERANGI RASUAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SELAMAT MENYAMBUT 2017                      



Terengganu - 1321 mangsa banjir, lima daerah terlibat

Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan  849 mangsa daripada 251 keluarga
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak apabila lima daerah di negeri itu di landa banjir hari ini.

Menurut Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Lt Kol (APM) Che Adam A Rahman, sehingga jam lima petang tadi sejumlah 1,321 mangsa  daripada  362 keluarga ditempatkan di 26 pusat pemindahan.

Dia yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri berkata daerah Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan  849 mangsa daripada 251 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Di Marang, enam pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 222 mangsa daripada 52 keluarga.

Sementara di Besut empat  sekeluarga dari Felda Tenang ditempatkan pusat pemindahan Gerakan Desa Wawasan.

Tiga  pusat pemindahan turut dibuka di daerah Setiu bagi menempatkan 214 mangsa daripada 51 keluarga.

Manakala di daerah Dungun 32 mangsa membabitkan 7 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-daerah-di-terengganu-dilanda-banjir-127500


Kelantan - 1235 mangsa banjir, Sekolah Ditutup

Mangsa banjir di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah mencatatkan peningkatan jumlah


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Sehingga kira-kira 5 petang, jumlah meningkat kepada 1, 235 mangsa berbanding 2.30 petang, iaitu 766 mangsa.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman, berkata 477 mangsa daripada 154 keluarga berpindah di Kuala Krai, 721 mangsa di Jeli dan 37 di Tanah Merah, sehingga kira-kira 5 petang ini.

Katanya, 14 pusat pemindahan dibuka iaitu tujuh di Kuala Krai, lima di Jeli dan dua di Tanah Merah.

"Pertambahan mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air terus naik di kawasan kediaman penduduk.

"Kita bersama agensi keselamatan yang lain akan terus memantau keadaan banjir di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, 12 sekolah di Kelantan tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2017, esok, berikutan banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail, berkata sekolah yang ditutup membabitkan empat di Tanah Merah dan lapan di Kuala Krai.

Katanya, antara sekolah ditutup di Tanah Merah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla , Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

"Lapan sekolah ditutup di Kuala Krai membabitkan SK Pemberian; SK Karangan; SK Bahagia; SK Ladang Taku; SK Kuala Nal; SK Pasir Gajah; SK Pasir Kelang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pasir Gajah.

"Sekolah ditutup kerana laluan ke sekolah ditenggelami air dan merbahaya kepada keselamatan guru dan pelajar serta murid," katanya di sini, hari ini.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/node/193107


Adakah kajian Ilham Center boleh dipercayai?


Ini bukan setakat untuk membezakan analisa pusat kajian dengan sembang kedai kopi, malah lebih daripada itu, ia berkaitan dengan rasa takut kepada Tuhan.
Incorporating Reliability and Credibility into Public Opinion Research: Where Ilham Center is failing us.

In God we trust, everybody else must bring data to the table. This saying is famously attributed to W. Edwards Deming half a century ago. Dubbed as among the fathers of industrial revolution for his monumental contribution in modern quality management, his tenacity and quest for the truth and incessant improvement has influenced many facets of our life. In 1987, he was awarded the National Medal of Technology for his forceful promotion of statistical methodology which form the basis of objective quality measurement and improvement.

In contrast, sentiment sells. Many times this land has witnessed how easily one can pave his access to fame in the mainstream media with intangible allegations and data-less assumptions; provided the sentiments are marketable. Advancement of information technology act as catalyst in its propagation; spreading half-baked ideas and premature conclusion or even fallacies and deceits. As a consequence, never-ending political turmoil, lack of substantiate discourse and wild prejudice are hampering this nation prospect to move forward.

Public opinion is important because it matters. Thus, research that looks into the subject has to be approached empirically and with great caution. The knowledge and skill on how information should be collected, measured, digested and presented; is critical. More importantly when it comes to researching public opinion where ideological clashes may expose and mislead researchers to bias and fabricated conclusion. Though for obvious reasons, research methodology and analysis should always be independent from one political ambition or vendetta.

In academia, it is a norm for a researcher to declare his or her conflict of interest at the beginning of any research presentation or documentation. In cases where there is clashes between personal interest and the research subject, the researcher has to follow that up with mitigation steps taken to ensure impartial analysis and eliminate favoritism. While it is only humane to lean to one side of any argument, a researcher has to demonstrate an unwavering commitment and depth to uphold the truth.

In any research, the result is only as important as the method. For a research outcome to be reliable and credible, the methodology has to be solid, invincible from fallacy. Construct validity is a concept which determine the ability of a research tool to measure what it claims to measure. For example, if CEO of a research center make a claim that PAS is not serious in fighting Barisan National in upcoming election. He has to back up that claim with evidence. There has to be a procedure to arrive at that conclusion. The procedure has to be proven effective and consistent in determining the level of seriousness of any political party in any election in Malaysia. There has to be parameters that can be measured numerically or evaluated subjectively. Or at least, there has to be an operational definition or benchmark to outline the seriousness in fighting Barisan National.  

It goes the same if the CEO make a claim that PAS will only garner 18% of Malay votes in the next local election. He needs to support that on-air claim with on-land proof. There has to be a statistical model to arrive at that percentage. A reliable and credible research center should not have blurted numbers out of thin air. To be valid, the statement must be reinforced with details on the variance and regression involved in the analysis, the confidence interval and the margin of error. If a survey has been done, introduce the conceptual framework, explain the power of the study and accuracy of the sample size calculation.  

Ultimately, if we really want public opinion to matters to politicians, policy makers and public themselves, research or finding related to it has to carry a significant weightage. For that to happen, research has to be built upon a sound methodology and acceptable degree of accountability and transparency. It should endure critical appraisal. This is not just to differentiate between a research center analysis and a kopitiam rumbling, but more than that, this is a question of taqwa.    

Dr Abdullah Fahmi,
Profesional Istiqamah


Panggilan misteri dari 03-7890-2700

Adakah BN sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas isu kos sara hidup? Tekan 1 untuk ya dan 2 untuk tidak

Beberapa hari lepas laman web whocallsme.com merekodkan catatan pengguna Internet bahawa mereka menerima panggilan berupa mesej automatik yang berbunyi seperti satu kajian maklumbalas rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Seorang pengguna mencatatkan...

"Adakah BN sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas isu kos sara hidup? Tekan 1 untuk ya dan 2 untuk tidak".

Mungkinkah anda bakal penerima panggilan seterusnya?

Sumber: http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0378902700


5 Cara Makan Yang Sihat Ketika Sarapan

Kajian mendapati bahawa apa yang anda makan  untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.
Sarapan merupakan sajian terpenting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjadi hidangan pertama pada setiap hari pada waktu pagi, malahan terdapat kajian mendapati bahawa apa yang anda makan untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.

Sarapan yang berkhasiat dapat mengurangkan anda daripada mengambil makanan berkalori tinggi pada waktu mak yang lain, sekaligus dapat membantu mengawal berat badan anda.

Tip yang paling penting adalah ambil sarapan setiap hari tanpa skip. Namun begitu, pengambilan roti canai atau nasi lemak pada setiap hari tidak dapat membantu dalam penjagaan kesihatan anda. Apa yang penting adalah dengan cara memilih menu sarapan pagi yang sihat, berkhasiat dan seimbang.

Jom ikuti tip yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai 5 cara makan yang sihat ketika sarapan untuk memulakan pagi anda dengan lebih sempurna dan bermakna.

Berikut merupakan 5 cara makan yang sihat ketika bersarapan sebelum memulakan hari baru anda adalah antaranya dengan;

1. Waktu makan yang tetap

Cuba amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari dan ini akan membuatkan sistem tubuh anda akan berfungsi dengan lebih cekap jika anda makan mengikut waktu.

2. Sediakan sarapan anda sendiri

Siapa kata sarapan itu tidak penting dan membosankan? Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas seperti sandwich yang penuh dengan salad atau semangkuk bijirin sama ada oat atau muesli yang ditambah dengan buah-buahan, susu atau yogurt.

3. Pilih makanan yang rendah lemak

Kurangkan kekerapan pengambilan nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, lontong, roti canai atau kuih-muih yang bergoreng kerana makanan-makanan sebegini menggunakan minyak dan santan yang banyak dalam masakan.

4. Pilih makanan yang tinggi serat

Diet yang tinggi kandengan seratnya dapat membuatkan anda cepat kenyang dan bertahan lebih lama. Ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak pada waktu tengah hari. Kebiasaannya, diet tinggi serat mempunyai kalori yang lebih rendah. Anda mungkin boleh mencuba makanan-makanan ini dari sumber seperti roti mil penuh, oat, jagung, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Konsisten saiz hidangan anda

Sarapan yang sempurna mempunyai 3 komponen; satu hidangan karbohidrat, satu hidangan protein, tenusu dan makanan tinggi kalsium, manakala satu lagi hidangan untuk buah-buahan.


Tidak sempat ambil sarapan pagi?

Jika anda bangun lewat dan sudah terlewat untuk ke kuliah atau ke tempat kerja, beberapa contoh sajian yang mudah dan berkhasiat ini mungkin dapat membantu mengalas perut anda;


Semangkuk bijirin (oat/muesli) dan susu; atau

Segelas susu atau minuman malt coklat, 2 keping roti mil penuh disapu mentega; atau

Sebiji epal/ pisang untuk dimakan dalam perjalanan; atau

Sandwich; atau

Biskut oat/ biskut keju


Resepi Smoothie Pisang & Oat
¼ cawan oat

½ cawan yogurt asli rendah lemak

1 biji pisang, dipotong tiga

½ cawan susu rendah lemak

2 sudu besar madu

¼ sudu kecil serbuk kayu manis


Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Hidangkan serta merta. Jika ingin tambah kan keceriaan, hiaskan dengan potongan strawberi.

Khasiat Oat
Ia adalah salah satu bijirin yang mengandungi nutrisi semulajadi dan kaya dengan fiber serta rendah kalori. Oat lambat dihadam dan menyebabkan anda kenyang dalam jangka masa yang panjang. Penyediaannya juga mudah dan ringkas serta mampu mengawal paras gula dalam darah.


http://diarikurus.com/5-cara-makan-yang-sihat-ketika-sarapan/#more-1470


Pakatan Harapan tak diperlukan di Kelantan dan Terengganu


Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP

PAS Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di 2 negeri terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Parti Amanah Negara (PAN) tidak perlu memberi nasihat atau cadangan kepada PAS kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.

“Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan PAN selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada PAN, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP,” katanya hari ini.

Beliau sebaliknya mengingatkan PAN untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan parti itu dibubarkan.

“Di peringkat pusat sendiri ada cadangan daripada pemimpin PKR supaya PAN  ini dibubarkan dan bergabung dengan PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama  PAN pun sedar tidak ada sebab untuk Amanah ini wujud.

“PKR sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan PAS, tetapi tidak pernah lagi mereka beri cadangan supaya PAS dibubar dan bergabung dengan PKR. Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri.”

Katanya, PAS Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi arahan PAS pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan PH, termasuk PAN berhubung soal pembahagian kerusi.
“PAS Terengganu sedia berdepan pertandingan 3 penjuru, PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah memerintah 2 kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.

“Setakat ini, kerusi yang kita bertanding pada PRU lepas kita kekal bertanding dan kita juga putuskan bertanding di semua kerusi di Terengganu melibatkan 8 Parlimen dan 32 DUN. Soal pembahagian kerusi dengan PKR, kita tunggu bagaimana keputusan PAS pusat,” katanya.

Selasa lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan PH untuk PRU14, sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti Islam itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu dengan syarat mareka bekerjasama dengan pakatan berkenaan.

“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mengetuai’ Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS ‘mengetuai’ di Kelantan and Terengganu,” kata Khalid.


Pelajar wajib ambil sarapan

Pengambilan sarapan secara konsisten boleh meningkatkan prestasi yang lebih baik tidak kira dalam proses pembelajaran mahupun kokurikulum.
Umpama sebuah kereta yang memerlukan minyak petrol untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain, begitu juga tubuh manusia yang memerlukan sarapan untuk mendapatkan tenaga bagi menjalankan tugas seharian.

Amalan itu sering diberikan penekanan bagi membolehkan tubuh badan manusia ini sentiasa bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian. Seorang Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Aditya Adimiah Darwis pernah berkata pengabaian pelajar terhadap sarapan pagi boleh menyebabkan kelemahan otak.

Ini kerana katanya, pengambilan sarapan secara konsisten boleh meningkatkan prestasi yang lebih baik tidak kira dalam proses pembelajaran mahupun kokurikulum berbanding mereka yang gagal mengambil sarapan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengambilan sarapan adalah penting bagi mengelakkan perut kosong, tekanan, ketidakseimbangan berat badan dan ketidakseimbangan gula dalam darah selain mengurangkan serangan penyakit kronik.

Apa yang diperkatakan oleh doktor ini adalah dari sudut perbuatan tetapi agak malang juga apabila trend pelajar enggan mengambil sarapan pagi meningkat dari sehari ke sehari. Antara faktor pelajar gagal menjadikan sebagai rutin adalah disebabkan kelas bermula pukul 8 pagi.

Bahkan ada satu istilah yang sering digunakan oleh para pelajar iaitu brunch iaitu mereka sarapan pagi dan makan tengah hari sekali gus. Sebenarnya amalan seperti ini tidak digalakkan kerana bertentangan dengan sistem pemakanan seharian.

Secara kebiasaannya kita dikehendaki mengambil sarapan kemudian makan tengah hari dan makan malam. Kita tidak boleh sesekali mengelak daripada mengambil sarapan kerana akhirnya boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Faktor masa (kelas 8 pagi) bukan satu bentuk penghalang daripada kita mengambil sarapan. Seorang pakar pernah menyarankan, sarapan boleh diambil dengan hanya sekeping roti dan susu ataupun tiga biji kurma bersama susu.

SITI FATIMAH JAMALUDDIN

Universiti Putra Malaysia

http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pelajar-wajib-ambil-sarapan-1.419679


Jadikan sekolah tempat selamat

Beberapa kes kemalangan maut membabitkan murid sekolah sewajarnya mendapat perhatian masyarakat.

BEBERAPA kemalangan membabitkan murid tidak lama dulu mengejutkan ramai ibu bapa dan ahli masyarakat. Beberapa kes kemalangan maut membabitkan murid sekolah sewajarnya mendapat perhatian masyarakat.

Menjelang penggal pertama persekolahan tahun 2017 sekolah sewajarnya dijadikan tempat selamat kepada setiap murid. Pihak sekolah dengan kerjasama Persa­tuan ibu bapa dan Guru (PIBG) wajar merangka pelan strategik bagi keselamatan murid pada setiap masa. Ke­selamatan murid terutamanya di kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan juga ibu bapa.

Usaha-usaha bagi mengelakkan kemalangan maut di depan sekolah boleh dielakkan jika semua pihak berusaha mengatasi dan menangani dengan baik. Semasa menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah, ibu bapa juga berperanan menjaga keselamatan anak ma­sing-masing dan tidak boleh hanya mengharapkan guru dan pengawal keselamatan.

PIBG di setiap sekolah pula seharusnya memainkan peranan antaranya, menyediakan pengawal lalu lintas semasa waktu puncak iaitu waktu murid masuk dan pulang dari sekolah.

Di samping itu, pihak sekolah melalui PIBG boleh be­kerjasama dengan pihak majlis perbandaran atau majlis tempatan bagi membina beberapa bonggol dan garisan kuning bagi mengelakkan kenderaan memecut laju di kawasan sekolah.

Kejadian seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pegoh, Alor Gajah, Melaka, cedera parah di kepala dan patah tangan kiri selepas dilanggar sebuah kereta di hadapan sekolah tersebut baru-baru ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua.

Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku, malah kerap kali terjadi disebabkan kecuaian pemandu yang tidak menghiraukan murid yang sedang melintas jalan di hadapan sekolah.

Sebelum itu seorang ibu mengalami pengalaman ngeri apabila menyaksikan anak bongsunya maut akibat dirempuh sebuah lori panjang semasa melintas di jalan hadapan SK Teluk Medan di Kilometer 103 Jalan Ipoh-Butterworth di Bagan Serai, Perak.

Menjadikan sekolah sebagai tempat selamat memerlukan kerjasama semua pihak terutama dalam kalangan murid sendiri yang sepatutnya diberikan penerangan bagi mengelakkan kemalangan maut.

Kerjasama pihak polis juga boleh mengatasi masalah ini jika kawasan sekolah tersebut terletak berhampiran de­ngan jalan raya utama atau lebuh raya yang banyak kende­raan bagi memudahkan murid sekolah melintas jalan.

Kawasan yang berisiko tinggi boleh menyebabkan kemalangan maut di depan dan di kawasan sekolah juga perlu dibina lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang membabitkan murid sekolah.

Larangan kenderaan lalu di kawasan sekolah juga patut dilakukan dua jam waktu masuk dan keluar persekolahan. Ini dapat mengelakkan berlakunya kemalangan maut yang membabitkan kenderaan berat yang boleh meragut nyawa murid sekolah.

Ibu bapa juga mesti faham tentang keselamatan anak-anaknya dan murid sekolah yang lain. Tidak perlulah menghantar anak sampai ke pintu masuk sekolah yang boleh menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.

Ibu bapa boleh meletak kenderaan mereka agak jauh bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil anak-anak di pintu sekolah bagi mengelakkan kesesakan dan kemalang­an. Ketegasan pihak sekolah melalui peranan PIBG yang mengusulkan perkara ini dalam mesyuarat PIBG perlu di­terima oleh semua pihak demi keselamatan bersama.

Jika dikaji sekolah adalah tempat mendidik murid supaya mereka merasakan sekolah adalah tempat yang sentiasa selamat. Ibu bapa juga perlu berperanan sebagai pendidik kepada anak-anak dengan memberi nasihat dan bimbingan bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya terutamanya di kawasan sekolah.

Jika semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang tidak akan berlaku kemalangan membabitkan murid terutama kemalangan maut. Oleh itu, jadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk menimba ilmu serta memanfaatkan apa yang kita pelajari di sekolah dan akhirnya diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

DR. AMINUDIN MANSOR ialah pengamal media berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


http://www.utusan.com.my/rencana/jadikan-sekolah-tempat-selamat-1.425156


Pisang tingkatkan kualiti tidur

Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang bertindak sebagai penenang otot semula jadi. Pisang juga mengandungi kandungan melatonin yang tinggi sehingga memudahkan tubuh untuk lelap.

Harga Runcit RON95, Diesel Dijangka Meningkat Januari Ini

Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini.

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.

“Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.

“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.

Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.

Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.

“Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter,” katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.

“Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.

“Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi,” katanya.

Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

Pada masa sama, di bawah sistem subsidi pukal warga asing yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Setiap hari terutamanya di hujung minggu, katanya, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut bocor kepada kenderaan Singapura, selain ia diseludup ke Thailand dan Filipina serta dijual di perairan antarabangsa. “Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian daripada kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang.

“Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing,” katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1315703


Denda RM2,000 Jika Guna Pembungkus Plastik, Polisterin

Kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 September 2017.

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 September 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) yang berkuat kuasa mulai Ahad ini.

Beliau berkata kementerian memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.

“Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik. Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah,” katanya pada sidang media sempena penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi di sini pada Jumaat.

Katanya kementerian telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna.

“Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal…hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah pun bersetuju untuk menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga-peniaga setanding dengan harga polisterin dan plastik,” katanya.

Loga Bala berkata tindakan proaktif kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

Pelancaran penggunaan bahan boleh urai itu telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 3 Jun lepas.

Mengulas mengenai pelaksanaan undang-undang itu, rakan kongsi Restoran Chat Masala Brickfields dan Klang, N. Palaniappan berkata restoran itu sedang menggantikan bekas polisterin kepada bekas makanan biodegradasi secara berperingkat.

“Kami faham akan keburukan bekas polisterin itu…jadi kami guna pendekatan gantikan ia dengan bekas mesra alam bagi pengguna.

“Biarpun harga bekas itu lebih mahal berbanding bekas polisterin, kami tak kisah melaksanakannya…harga makanan yang dijual akan tetap sama, margin keuntungan mungkin kurang tetapi kami tidak akan rugi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, restoran itu pernah menerima notis daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi.

Sementara itu, peniaga pasar malam di Pantai Dalam di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Kadir berkata larangan penggunaan plastik di pasar malam sukar dikawal memandangkan pengguna lebih ‘mesra plastik’.

“Mungkin mereka perlu membawa beg kertas atau beg kain sendiri ketika ke pasar malam, implementasi sepenuhnya tetap akan mengambil masa panjang,” katanya.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/30/denda-polistrin/


Khutbah Jumaat TGHA - Kewafatan Rasulullah SAW

Bukan sahaja mereka menerima berita yang sedih, bahkan mereka mengalami ancaman yang sangat dahsyat apabila sebahagian besar qabilah-qabilah Arab yang sudah masuk Islam murtad dan mengangkat senjata untuk menghapuskan Islam
KIRIMAN PEMBACA.

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Peringatan Kewafatan Rasulullah SAW
23 Rabiul Awal 1438 (23/12/2016)

Ł±Ł„ۡŲ­َŁ…ۡŲÆُ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł„َŁ…ۡ ŁŠَŲŖَّŲ®ِŲ°ۡ ŁˆَŁ„َŲÆٗŲ§ ŁˆَŁ„َŁ…ۡ ŁŠَŁƒُŁ† Ł„َّŁ‡ُŪ„ Ų“َŲ±ِŁŠŁƒٞ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ„ۡŁƒِ ŁˆَŁ„َŁ…ۡ ŁŠَŁƒُŁ† Ł„َّŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ„ِŁŠّٞ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„Ų°ُّŁ„ِّۖ ŁˆَŁƒَŲØِّŲ±ۡŁ‡ُ ŲŖَŁƒۡŲØِŁŠŲ±ًŲ§. Ų£َŲ“ۡŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ† Ł„َّŲ§ Ų„ِŁ„َŁ€ٰŁ‡َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲ­ۡŲÆَŁ‡ُŪ„ Ł„َŲ§ Ų“َŲ±ِŁŠŁƒَ Ł„َŁ‡ُŪ„، Ł„َŁ‡ُ Ų§Ł„ۡŁ…ُŁ„ۡŁƒُ ŁˆَŁ„َŁ‡ُ Ų§Ł„ۡŲ­َŁ…ۡŲÆُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų¹َŁ„َŁ‰ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠۡŲ”ٍ Ł‚َŲÆِŁŠŲ±ٌ. ŁˆَŲ£َŲ“ۡŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ†َّ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆًŲ§ Ų¹َŲØۡŲÆُŁ‡ُŪ„ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُŁ‡ُŪ„، Ų§Ł„ۡŲØَŲÆۡŲ±ُ Ų§Ł„ŲÆُّŲ¬َŁ‰ ŁˆَŲ§Ł„Ų³ِّŲ±َŲ§Ų¬ُ Ų§Ł„ۡŁ…ُŁ†ِŁŠŲ±ِ.  Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ ŲµَŁ„ِّ ŁˆَŲ³َŁ„ِّŁ…ۡ ŁˆَŲØَŲ§Ų±ِŁƒۡ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų­َŲØِŁŠŲØِŁ†َŲ§ ŁˆَŲ“َŁِŁŠŲ¹ِŁ†َŲ§ ŁˆَŲ„ِŁ…َŲ§Ł…ِŁ†َŲ§ ŁˆَŁ‚ُŲÆۡŁˆَŲŖِŁ†َŲ§ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆٍ، Ł†َŲØِŁŠِّ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ۡŁ…َŲ©ِ ŁˆَŲ“َŁِŁŠŲ¹ِ Ł±Ł„ۡŲ£ُŁ…َّŲ©ِ ŁˆَŲ¹َŁ„َŁ‰ Ų¢Ł„ِŁ‡ِ ŁˆَŲµَŲ­ۡŲØِŁ‡ِ ŁˆَŁ…َŁ†ۡ ŲŖَŲØِŲ¹َŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ†َŲµَŲ±َŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁˆَŲ§Ł„َŲ§Ł‡ُŪ„.

Ų£َŁ…َّŲ§ ŲØَŲ¹ۡŲÆُ:

ŁَŁŠَŲ§ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ، Ł±ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ. ŁˆَŲŖَŲ²َŁˆَّŲÆُŁˆŲ§ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų®َŁŠۡŲ±َ Ł±Ł„Ų²َّŲ§ŲÆِ Ł±Ł„ŲŖَّŁ‚ۡŁˆَŁ‰، ŁَŁ‚َŲÆۡ ŁَŲ§Ų²َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲŖَّŁ‚ُŁˆŁ†َ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setelah kita memperingati peristiwa kelahiran Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…, marilah pula kita mengambil peringatan dengan kewafatan Rasulullah ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… . Peristiwa kewafatan itu menjadi ujian yang sangat dahsyat dihadapi oleh para sahabat Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡Ł… yang sedang bergembira dengan kemenangan Islam setelah Makkah dapat dibebaskan daripada jahiliyyah, qabilah-qabilah Arab berduyun-duyun menyerah diri dan manganut agama Islam. Kemenangan itu sangat menggembirakan. Tiba-tiba Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ telah menguji generasi awal umat Islam. Para sahabat Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡Ł…  menghadapi peristiwa kewafatan Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł….

Bukan sahaja mereka menerima berita yang sedih, bahkan mereka mengalami ancaman yang sangat dahsyat apabila sebahagian besar qabilah-qabilah Arab yang sudah masuk Islam murtad (keluar daripada agama Islam) dan mengangkat senjata untuk menghapuskan Islam yang berpusat di Makkah dan di Madinah. Kalangan orang-orang murtad ini disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang menganggap Islam adalah bahaya bagi mereka. Pada adatnya cahaya Islam dapat dipadamkan, tetapi Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł† ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ menjanjikan ;

ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŁ†َ Ł„ِŁŠُŲ·ۡŁِ‍ُٔŁˆŲ§ْ Ł†ُŁˆŲ±َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØِŲ£َŁۡŁˆَٰŁ‡ِŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ُŲŖِŁ…ُّ Ł†ُŁˆŲ±ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ„َŁˆۡ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ł±Ł„ۡŁƒَٰŁِŲ±ُŁˆŁ†َ ŁØ [Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ł€ŲµّŁ€Ł : ŁØ]


(Maksud-Nya) : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Disaat yang sangat mencabar ini, Abu Bakar As-Siddiq Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ menunjukkan ketokohan dan kehebatannya mengganti dan memimpin negara selepas wafatnya Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…. Ketika semua para sahabat dalam kesedihan dan kebingungan, Abu Bakar Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ bangkit menyampaikan ucapan di Masjid Nabawi yang antara lain mengatakan :

Ų§َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ، ŁَŁ…َŁ†ۡ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł…ِŁ†ۡŁƒُŁ…ۡ ŁŠَŲ¹ۡŲØُŲÆُ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆًŲ§ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆًŲ§ Ł‚َŲÆۡ Ł…َŲ§ŲŖَ. ŁˆَŁ…َŁ†ۡ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁŠَŲ¹ۡŲØُŲÆُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų­َŁŠٌّ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ…ُŁˆŲŖُ. ŁˆَŁ…َŲ§ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆٌ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ٞ Ł‚َŲÆۡ Ų®َŁ„َŲŖۡ Ł…ِŁ† Ł‚َŲØۡŁ„ِŁ‡ِ Ł±Ł„Ų±ُّŲ³ُŁ„ُۚ Ų£َŁَŲ„ِŁŠْŁ† Ł…َّŲ§ŲŖَ Ų£َŁˆۡ Ł‚ُŲŖِŁ„َ Ł±Ł†Ł‚َŁ„َŲØۡŲŖُŁ…ۡ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰٓ Ų£َŲ¹ۡŁ‚َٰŲØِŁƒُŁ…ۡۚ ŁˆَŁ…َŁ† ŁŠَŁ†Ł‚َŁ„ِŲØۡ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų¹َŁ‚ِŲØَŁŠۡŁ‡ِ ŁَŁ„َŁ† ŁŠَŲ¶ُŲ±َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŁŠۡ‍ٔٗŲ§ۗ ŁˆَŲ³َŁŠَŲ¬ۡŲ²ِŁŠ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł±Ł„Ų“َّٰŁƒِŲ±ِŁŠŁ†َ.

(Maksudnya) : Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, Allah itu maha hidup, yidak mati sekali-kali dan muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau bertaubat). Jika demikian, kalau dia pula mati atau bertaubat, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) ? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.)

Abu Bakar Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ yang dilantik menjadi khalifah yang pertama menyusun bala tentera menghadapai kabilah-kabilah yang murtad. Para sahabat Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡Ł… mengalahkan kumpulan yang murtad, termasuk yang diragui kemurtadannya apabila mereka mengatakan zakat tidak wajib, tetapi mereka masih mendirikan sembahyang. Mereka menentang pusat kerajaan Islam di Madinah. Bala tentera Islam yang diutuskan untuk memerangi kawasan itu sebelum melancarkan peperangan mendengar azan subuh yang dikumandangkan. Demi mendengar azan itu, mereka menjadi ragu untuk menghadapi kalangan yang masih bersembahyang itu. Lalu mereka pulang ke Madinah menemui khalifah Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…. Abu Bakar Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ mengatakan, sesungguhnya Nabi  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… telah bersabda :

Ų£ُŁ…ِŲ±ۡŲŖُ Ų£َŁ†ۡ Ų£ُŁ‚َŲ§ŲŖِŁ„َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŲ“ۡŁ‡َŲÆُŁˆŲ§ Ų£َŁ†ۡ Ł„َŲ§ Ų„ِŁ„َٰŁ€Ł‡َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ł…ُŲ­َŁ…َّŲÆًŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŁŠُŁ‚ِŁŠŁ…ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŁ„َŲ§Ų©َ ŁˆَŁŠُŲ¤ۡŲŖُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų²َّŁƒَŲ§Ų©َ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŁَŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ Ų¹َŲµَŁ…ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ†ِّŁ‰ ŲÆِŁ…َŲ§Ų”َŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŲ£َŁ…ۡŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŲ­َŁ‚ِّ Ų§Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َŲ§Ł…ِ ŁˆَŲ­ِŲ³َŲ§ŲØُŁ‡ُŁ…ۡ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ. [Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ ŁˆŁ…Ų³Ł„Ł…]

(Maksudnya) : Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka telah bertaubat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak Islam, dan hisab peritungan amal dengan terserah kepada Allah.

Abu Bakar Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ menegaskan: Sesungguhnya mereka telah membatalkan hak Allah yang diwajibkan kepada mereka. Sesungguhnya jika mereka menafikan hak yang diberi ileh Allah walaupun seharga tali wanita yang kecil dan murah, nescaya aku memeranginya.

Maka para sahabat bangkit memerangi orang-orang yang murtad itu. Ia berakhir dengan Allah menyelamatkan Islam setelah pemerintahan diganti oleh pemimpin Umar Al-Khattab Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ dan sahabat-sahabat yang kemudian daripadanya, Uthman dan Ali Ų±Ų¶Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡Ł….

Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ mengurniakan kemenangan menumbangkan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia, Timur dan Barat menjadi kuasa besar yang tunggal. Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ menjadikan kehidupan dunia ini mengalami pasang dan surut, rebah dan bangun, menang dan kalah.

Di zaman kerajaan Abasiyah, umat Islma mengalami serangan pemikiran. Lahirnya falsafah yang mencipta ajaran-ajaran yang merosakkan akidah umat Islam. Lebih membahayakan, ajaran ini dianuti oleh khalifah-khalifah Islam sendiri yang menjadi fahaman yang dianuti oleh negara. Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ menyelamatkan dengan bangkitkan ulama-ulama Islam. Walaupun ulama-ulama ini dihukum pancung, tetapi mereka silih berganti mempertahankan Islam. Ia berakhir dengan ajaran Islam yang sebenar diselamatkan oleh Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰.

Di zaman mutakhir yang dialami oleh kita pada hari ini kejatuhan kuasa besar pemerintahan Islam meneyebabkan tanah air umat Islam dijajah oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam dilemah dan dilumpuhkan serta dilaga-lagakan dan diratah oleh musuh Islam. Berlaku apa yang dinyatakan oleh Nabi  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… :

ŁŠُŁˆŲ“ِŁƒُ Ų§Ł„ۡŲ£ُŁ…َŁ…ُ Ų£َŁ†ۡ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ‰ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ ŁƒَŁ…َŲ§ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َŁ‰ Ų§Ł„ۡŲ£َŁƒَŁ„َŲ©ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł‚َŲµۡŲ¹َŲŖِŁ‡َŲ§ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ ŁˆَŁ…ِŁ†ۡ Ł‚ِŁ„َّŲ©ٍ Ł†َŲ­ۡŁ†ُ ŁŠَŁˆۡŁ…َŲ¦ِŲ°ٍ Ł‚َŲ§Ł„َ ŲØَŁ„ۡ Ų£َŁ†ۡŲŖُŁ…ۡ ŁŠَŁˆۡŁ…َŲ¦ِŲ°ٍ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ٌ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّŁƒُŁ…ۡ ŲŗُŲ«َŲ§Ų”ٌ ŁƒَŲŗُŲ«َŲ§Ų”ِ Ų§Ł„Ų³َّŁŠۡŁ„ِ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ†ۡŲ²ِŲ¹َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ِŁ†ۡ ŲµُŲÆُŁˆŲ±ِ Ų¹َŲÆُŁˆِّŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ۡŁ…َŁ‡َŲ§ŲØَŲ©َ Ł…ِŁ†ۡŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŁŠَŁ‚ۡŲ°ِŁَŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁِŁ‰ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØِŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ۡŁˆَŁ‡َŁ†َ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„ۡŁˆَŁ‡َŁ†ُ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų­ُŲØُّ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ۡŁŠَŲ§ ŁˆَŁƒَŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠَŲ©ُ Ų§Ł„ۡŁ…َŁˆۡŲŖِ. [Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų£ŲØŁˆ ŲÆŲ§ŁˆŲÆ]

(Maksudnya) : Umat lain akan mengelilingi dan meratah kamu laksana orang-orang yang mengelilingi hidangan makanan yang lazat. Lalu sahabat bertanya : Adakah bilangan kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… : bahkan jumlah kamu ramai pada hari itu, tetapi kamu seperti ŲØŲ¤ŁŠŲ© yang dihanyutkan air banjir dan Allah menghilangkan dari dada musuh kamu terhadap kehebatan kamu dan Allah campakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit Ų§Ł„ŁˆŁ‡Ł†. Lalu sahabat bertanya : Apakah Ų§Ł„ŁˆŁ‡Ł† itu , wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… : kasihkan dunia dan bencikan mati.

Inilah penyakit yang melanda umat Islam di zaman mutakhir sehingga mereka diratah dan dimamah oleh musuh-musuh mereka diseluruh pelusuk dunia. Namun Allah Ų³ŲØŲ­Ų§Ł†Ł‡ ŁˆŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ tidak mengizinkan cahaya Islam dipadamkan. Hanya mereka yang bersama Islam sahaja yang selamat yang sanggup rebah dan bangun bersama Islam serta tenggelam timbul bersama dengan Islam. Mereka yang menyeleweng daripada Islam yang melarikan diri dimasa surut atau dimasa Islam dalam keadaan lemah, tidak selamat di dunia dan tidak akan selamat di hari akhirat.

Marilah kita bersama dengan Islam, pasak yang ditinggalkan oleh Rasulullah  ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł….

Ų£َŲ¹ُŁˆŲ°ُ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„Ų“َّŁŠۡŲ·َŲ§Ł†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ¬ِŁŠŁ…ِ.

Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠٓ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁ„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُŪ„ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ‡ُŲÆَŁ‰ٰ ŁˆَŲÆِŁŠŁ†ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّ Ł„ِŁŠُŲøۡŁ‡ِŲ±َŁ‡ُŪ„ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ŲÆِّŁŠŁ†ِ ŁƒُŁ„ِّŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ„َŁˆۡ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ“ۡŲ±ِŁƒُŁˆŁ†َ Ł£Ł£ [Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„ŲŖŁˆŲØŲ© : Ł£Ł£]

(Maksud-Nya) : Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

ŲØَŲ§Ų±َŁƒَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„ِŁŠ ŁˆَŁ„َŁƒُŁ…ۡ  ŲØِŁ±Ł„ۡŁƒِŲŖَŲ§ŲØِ ŁˆَŁ±Ł„Ų³ُّŁ†َŲ©ِ، ŁˆَŁ†َŁَŲ¹َŁ†ِŁŠ ŁˆَŲ„ِŁŠَّŲ§ŁƒُŁ…ۡ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ¢ŁŠَŲ§ŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ­ِŁƒۡŁ…َŲ©ِ. Ų£َŁ‚ُŁˆŁ„ُ Ł‚َŁˆۡŁ„ِŁ‰ Ł‡َٰŲ°َŲ§ ŁˆَŲ§َŲ³ۡŲŖَŲŗۡŁِŲ±ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł±Ł„ۡŲ¹َŲøِŁŠŁ…َ Ł„ِŁŠ ŁˆَŁ„َŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŁ„ِŲ³َŲ§Ų¦ِŲ±ِ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖِ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„ۡŲŗَŁُŁˆŲ±ُ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ُ.


Sumber: https://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10401-khutbah-jumaat-peringatan-kewafatan-rasulullah-saw


SELANGOR JOB FAIR

Temuduga Terus Dengan Majikan Yang Mengambil Bahagian

SELANGOR JOB FAIR

31 DIS 2016 (SABTU)
Jam : 9.00 pg - 4.00 ptg
Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

#Temuduga Terus Dengan Majikan Yang Mengambil Bahagian

Anjuran : J/K Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor - Dengan Kerjasama Jobmalaysia & JTK Selangor.

Senarai Syarikat/Jawatan Kosong :
---------------------------------------------

1. A-ASIGN CORPORATION SDN BHD
a) Telesales Executive - outbound
b) Telesales Executive - Inbound

2. POS MALAYSIA BERHAD NEGERI SELANGOR
a) Posmen & Kurier
b) Kerani

3. ALLOY MTD GROUP
a) Senior Manager, Internal Audit
b) Senior Manager/ Manager, Finance & Treasury
c) Manager, Real Estate & Property Development Division
d) Manager, Liaison, Compliance & Facilities
e) Assistant Manager, Finance & Treasury
f) Senior Executive Internal Audit
g) Senior Executive/Executive, Finance and Treasury
h) Executive, Liaison & Compliance

4. DOMMAL FOOD SERVICES SDN BHD
a) Pembuat Pizza
b) Penghantar Pizza
c) Pengurus Restoran Dalam Latihan
d) Pengurus Restoran
e) Penolong Pengurus Restoran
f) Agen Khidmat Pelanggan

5. SECOM (M) SDN BHD
a) Response Officer

6. MEWAH GROUP
a) Operator
b) Pumper
c) Qa Assistant
d) Chargeman A4
e) Boiler Man
f) Production Inspector Line Leader
g) Logistic Supervisor
h) Project Assistant
i) Security Guard
j) Assistant / Clerk

7. MARELLI MOTORI ASIA SDN BHD
a) Sales Supoort Enggineer
b) Services Enggineer
c) Supervisor
d) Technician
e) Operator
f) Inspector

8. CANNERGY SDN BHD
a) Pengurusan
b) Penyeliaan
c) Kepimpinan
d) Perkeranian
e) Pemasaran

9. PK AGRO - INDUSTRIAL PRODUCT (M) SDN BHD
a) Account Officer
b) Loŕry Driver
c) Machine Operator
d) Electrician
e) Sales Executives

10. PRUDENTIAL ASSURANCE (M) BHD
a) Wealth Planners

11. TRENDCELL SDN BHD
a) Management Trainee
b) Operations Assistant
c) Butchery Assistant
d) Bakery Assistant
e) Cashier
f) Sales Assistant

12. AEON CO. (M) BHD
a) Pembantu Jualan
b) Juruwang

13. 99 SPEEDMART SDN BHD
a) Branch Manager
b) Asst Branch Manager
c) Store Keeper
d) Cashier
e) Part Time

14. SNS NETWORK (M)SDN BHD
a) Sales Promoter
b) Corporate Sales Executive

15. WRIZERFOOD F&B SDN BHD
a) General Worker
b) On - Line Qc
c) Technician
d) Prod. Supervisor
e) Prod. Enggineer
f) Prod. Assistant Manager / Manager
g) Human Resources Assistant Manager

16. Malaysian Die - Casting Industries Sdn Bhd
a) Maintenence Technician
b) Production Clerk
c) Wireman
d) Qc Inspector
e) Operator
f) Engineer
g) Qc Technician

17. HOME PRODUCT CENTRE (M) SDN BHD
a) Sales Section Manager
b) Sales Consultant
c) Interior Design
d) Installer
e) Maintenance
f) Sales Assistant

18. VISION INLAND RESOURCES SDN BHD
a) Admin
b) Operation Asisstant
c) Material Handling Equipment
d) Customer Services
e) Transport Coordinator
f) Human Resources Assistant
g) Despetch

19. YOSHINOYA HANAMERU MALAYSIA SDN BHD
a) Kitchen Crew
b) Cashier

20. SOON SOON OILMILLS SDN BHD
a) Pembantu Pengeluaran
b) Juruteknik Penyelenggaraan
c) Pembantu Silo
d) Pembantu Gudang
e) Pembantu Makmal (QC)
f) Inspektor QA
g)  Keselamatan

21. LANGKAW INTERNATIONAL SPA ACADEMY
a) Pelatih Terapi Spa
b) Executive Secretary
c) Admin Reception
d) Secretary

22. JADI IMAGING TECHNOLOGIES SDN BHD
a) Purchasing Executive
b) Qc Assistant
c) Warehouse Executive
d) Shipping Executive
e) Production Supervisor
f) Production Operator
g) Account Assistant
h) Sales Manager

23. PINACLE FOODS (M) SDN BHD
a) Senior Key Account Executive / Manager
b) Assistant Marketing Manager

24. MBF PRINTING INDUSTRY SDN BHD
a) Krew Mesin Percetakan
b) Operator Percetakan
c) Graphic Designer
d) Senior QA Inspector
e) QA Executive
f) Despatch
g) Marketing Coordinator
h) Maintenance Technician

25. KK SUPERMART & SUPERSTORE SDN BHD
a) Pembantu Kedai

26. SUSHI KIN SDN BHD
a) Restaurant Manager
b) Assistant restaurant manager
c) Crew Leader
d) Senior Crew
e) Crew Full Time
f) Crew Part Time
g) Internship (HQ)
h) Internship (Restaurant)
i) Technician

27. TA-SHOU ELECTRONICS SDN BHD
a) Technician
b) Production Shift Leader
c) Machine Operator
d) Moulding Technician
e) Electrician

28. BOUSTEAD HOTELS & RESORTS SDN BHD
a) Sales
b) Guest Services Manager
c) Hk Attendent
d) Cashier
e) Waiter / Waitress
f) F&B Captain
g) F&B Supervisor
h) Commis
i) Steward
j) Demi Chef
k) Rink Guard / Junior Coach
l) Bellman
m) Telephone Operator
n) Reservation Clerk
o) Guest Services Assistant
p) Guest Services Officer

29. LTH GROUP ASIA SDN BHD
a) Manager Development Prog
b) Wealth Planner
c) Agent Insurance

30. SAR GP SDN BHD
a) Perunding Takaful

31. TAN CHONG MOTOR HOLDINGS BERHAD
a) Sales Advisors
b) Officer, Customer Service
c) Valuer
d) Security Guard
e) Personal Guard
f) Personal Driver

32. SELANGOR HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT CENTRE (SHRDC)

33. PROGRESS

34. PANASONIC INDUSTRIAL DEVICES
a) Juruteknik
b) Operator Pengeluaran

35. NAZA CORPORATION
a) Executives
b) Front Office


Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia

DUNIA seni kehilangan seorang lagi legenda, Tan Sri SM Salim yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang sekitar jam 5.45 petang tadi.
DUNIA seni kehilangan seorang lagi legenda, Tan Sri SM Salim yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang sekitar jam 5.45 petang tadi.

Perkara itu disahkan anak keenamnya Sheikh Shamsul, 60 kepada media menerusi aplikasi WhatsApp.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan esok, namun masih belum dapat disahkan lagi lokasinya.

Isteri dan enam anak berada di sisi Allahyarham sehingga ke saat akhir.

Bagaimanapun anak kedua arwah, Sheikh Shamsudin dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari United Kingdom.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/tan-sri-sm-salim-meninggal-dunia-1.604298


Kongres Rakyat Kelantan jadi model



Kelantan ada kelainan apabila dilibatkan sendiri kerajaan negeri dalam kongres ini.
KOTA BHARU: Kongres Rakyat Kelantan mencatat sejarah apabila peserta memenuhi Dewan Kovensyen Kelantan Trade Centre hari ini.

Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Mohd Azmi Abdul Hamid berkata nampak kesungguhan Kongres Rakyat di Kelantan dari persiapan yang dijalankan.

Katanya resolusi Kongres Rakyat boleh didengari atau tidak oleh kerajaan. 


"Namun di Kelantan ada kelainan apabila dilibatkan sendiri kerajaan negeri dalam kongres ini.

"Kongres Rakyat di Kelantan boleh jadi model kepada negeri-negeri lain," katanya pada ucaptama di Kongres Rakyat Kelantan.

Sehingga sekarang lapan Kongres Rakyat diadakan sejak kongres peringkat nasional dianjurkan di Shah Alam pada akhir 2015.

Hanya Pahang, Melaka dan Sarawak yang belum menganjurkan Kongres Rakyat sehingga sekarang.

Mohd Azmi juga berkata resolusi Kongres Rakyat boleh menjadi dasar bertindak kepada semua pihak termasuk juga kerajaan.

Menurutnya suara sanubari rakyat boleh menjadi batin kepada pemimpin untuk bertindak.

Pengarah Kongres Rakyat Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata suara rakyat boleh menjadi formulasi bertindak kepada kerajaan negeri.

Kongres tersebut turut disertai 50 NGO dan wakil agensi kerajaan serta wakil rakyat. 

11 kluster dibahas Kongres Rakyat Kelantan



Sebanyak 11 bidang akan dibahas pada Kongres Rakyat Kelantan yang akan berlangsung di Kelantan Trade Centre esok.

Ia merupakan kesinambungan Kongres Rakyat yang diadakan Selangor pada 2015.

Bidang atau kluster tersebut meliputi Agama dan Syariah, Pendidikan,

Alam Sekitar dan Kesejahteraan, Perumahan dan Perbandaran, Sosial dan Keselamatan, Ekonomi, Keusahawanan dan Kepenggunaan.

Selain itu Kebudayaan dan Pelancongan, Petani, Nelayan dan Penternak, Perantauan, Perpaduan dan Hak-hak Rakyat.

Kongres Rakyat Kelantan akan bermula jam 9 didahulukan ucapan Pengarah Kongres Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ucap utama Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Azmi Abdul Hamid.

Kemudian wakil setiap kluster akan membentang usul dan diikuti pembentangan Resolusi Kongres Rakyat.

Sebelum ucapan penutup oleh Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob akan diadakan pengisytiharan Agenda Bertindak Rakyat Kelantan.

Menteri Besar kemudian akan menerima resolusi terbabit difahamkan merangkumi cadangan bertindak kepada kerajaan negeri.

Khamis lepas berlangsung mini Kongres Rakyat Kelantan bagi memperhalusi agenda perbahasan setiap kluster di Dewan Teratai Kota Darulnaim.

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43707-kongres-rakyat-kelantan-jadi-model



Sin Chew tidak tepat dan tidak benar

"Apabila saya berkata kita akan lihat selepas pilihan raya ia BUKAN mengenai kerjasama dengan UMNO tetapi ia adalah mengenai kerjasama dengan pihak lain TIDAK UMNO".

Berita ini di Sin Chew, adalah tidak tepat dan pasti tidak benar.

Saya tidak pernah berkata bahawa PAS akan mempertimbangkan untuk menyertai dengan UMNO selepas GE.

Saya dengan jelas berkata bahawa Majlis Syura PAS Ulamak telah memutuskan pada tahun 2015 bahawa PAS tidak akan menyertai UMNO.

Saya juga berkata bahawa jika PAS mahu bekerjasama dengan UMNO, kita akan bekerjasama pada tahun 2008 di Selangor tetapi kita tidak.

Apabila saya berkata kita akan lihat selepas pilihan raya ia BUKAN mengenai kerjasama dengan UMNO tetapi ia adalah mengenai kerjasama dengan pihak lain TIDAK UMNO.

Oleh itu adalah sukar bagi saya untuk bekerjasama dengan Sin Chew dengan seperti ini laporan tidak tepat.
Terima kasih.

Dato 'Iskandar Abdul Samad.
29 Disember 2016

----------

This news in Sin Chew is grossly inaccurate and definitely not true.

I have never said that PAS will consider to join with UMNO after GE.

I clearly said that the PAS Majlis Syura Ulamak had decided in 2015 that PAS will never join up with UMNO.

I also said that if PAS had wanted to cooperate with UMNO, we would have cooperated in 2008 in Selangor but we did not.

When I said we shall see after the election it is NOT about cooperation with UMNO but it is about cooperation with other parties NOT UMNO.

Therefore it is hard for me to cooperate with Sin Chew with this sort of inaccurate reporting.
Thank you.

Dato' Iskandar Abdul Samad.
29 December 2016

Source: https://pas.org.my/arkib/naib-presiden-3/10391-this-news-in-sin-chew-is-grossly-inaccurate-and-definitely-not-true


Menjelang hari baru persekolahan - Abah dan baju sekolah hutang



"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...
Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah. 

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah. 

Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu. 

Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.

Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ... 

"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...

Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...

" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "

" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai ... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ..."

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak.

Abah terus berbicara ...

"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "

" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik... jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah ... 

Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..

Jommm jadi orang baik-baik.

# JOM BANTU MURID2 MISKIN. KITA MAMPU LAKUKAN.


13 syarikat pengendali umrah tidak berlesen

Statistik menunjukkan kewujudan syarikat pengendali umrah tidak berlesen semakin bertambah berbanding tahun lalu.

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Seba­nyak 13 daripada 17 syarikat pe­ngendali umrah yang dilaporkan melakukan penipuan sejak Januari sehingga bulan lalu merupakan syarikat tidak berlesen.

Perkara itu didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman berdasarkan 84 laporan yang diterima di seluruh negara sejak Januari hingga bulan lalu yang membabitkan kerugian RM2.85 juta.

Statistik tersebut juga menunjukkan kewujudan syarikat pengendali umrah tidak berlesen semakin bertambah berbanding tahun lalu yang mencatatkan lapan syarikat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar)berkata, status ke­semua 13 syarikat tidak berdaftar itu dikenal pasti hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut beliau, bakal jemaah umrah mudah terpedaya dengan penipuan syarikat tidak berlesen ini kerana pakej murah yang ditawarkan.

“Kita juga kesal dengan tindakan syarikat berlesen yang turut menjalankan penipuan sama.

“Jumlah syarikat berlesen yang menipu didapati meningkat daripada dua syarikat pada tahun lalu kepada empat pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Acryl Sani memberitahu, semua sya­rikat terlibat disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ada yang te­lah didakwa di mahkamah.

Katanya, syarikat berlesen pula ditarik oleh pihak kementerian kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

“Bagi mengelak ditipu, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan khidmat agensi berdaftar dan tidak mudah terpengaruh dengan pakej yang menawarkan harga murah,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-syarikat-pengendali-umrah-tidak-berlesen-1.425573


2016: Tragedi Dalam Politik PAS

Corak politik yang dimainkan PAS sepanjang 2016 menjadikan parti Islam itu berada pada kedudukan menang-menang, apabila ia menjadi sandaran demi survival politik pihak lain, sekali gus kekal relevan dalam politik arus perdana.

DINAMIKA corak politik yang dimainkan PAS sepanjang 2016 menjadikan parti Islam itu berada pada kedudukan menang-menang, apabila ia menjadi sandaran demi survival politik pihak lain, sekali gus kekal relevan dalam politik arus perdana.

Bangkit daripada perpecahan dalaman yang berlaku pada tahun lalu, PAS menunjukkan percaturan kepimpinan ulama pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada pada tahap selesa.

Buktinya, selain parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), tiga lagi parti politik yang bertunjangkan Melayu-Islam iaitu Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing cuba menumpang tuah PAS.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 28 November lalu mengakui bahawa hubungan tegang antara Umno-PAS kini semakin “kendur” termasuk di peringkat akar umbi.

Kata-kata Perdana Menteri itu jelas dilihat berdasarkan beberapa persefahaman yang dicapai kedua-dua musuh politik tradisi itu.

Paling ketara apabila tercipta sejarah baharu di mana buat kali pertama usul persendirian daripada wakil rakyat pembangkang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Rentetan itu Umno-PAS sekali lagi bergandingan apabila Najib dan Abdul Hadi berkongsi pentas buat kesekian kalinya dalam acara perhimpunan solidariti untuk Rohingya pada 4 Disember lalu.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan hubungan kedua-dua parti politik itu tidak akan berkesudahan baik dalam gelanggang pilihan raya.

Katanya, persefahaman yang dicapai Umno dan PAS adalah jelas iaitu hanya membabitkan perkara tertentu yang khusus tanpa melibatkan pegangan politik.

“Masing-masing ada penolakan dan kepentingan, tak mungkin BN atau Umno nak beri kerusi mereka kepada PAS?

“The most they can go ialah dengan bertanding sebagai blok ketiga iaitu mewujudkan saingan tiga penjuru dengan tujuan mengurangkan sokongan kepada komponen Pakatan Harapan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kamarul Zaman lagi selain Umno, PAS, turut diintai PPBM dan PKR sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Ini adalah pencapaian terbaik PAS. Walaupun bergerak sendirian, tapi mereka sentiasa bijak meletakkan kedudukan supaya parti-parti lain sentiasa tertarik untuk mendekati PAS.

“Tapi pada masa sama, ia juga sebenarnya adalah satu tragedi dalam kesamaran yang dihadapi PAS. Kesamaran itu berlaku di peringkat akar umbi yang mungkin belum dapat membaca apa sebenarnya pendirian pemimpin atasan dalam PAS,” katanya.

Selain itu Kamarul Zaman turut meramalkan bahawa hubungan PAS dengan PKR yang selama ini dilihat ‘tenang’ juga mungkin tidak akan bertahan lama.

Kata beliau, usul Dewan Muslimat PAS yang diterima tanpa bahas ketika muktamar tahunan pada 1 Jun lalu bagi mengkaji tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR juga menjadi catatan penting pada 2016.

“Kita jangan lupa tragedi ini. Usul itu telah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi. Jadi saya jangka keputusan mengenainya bakal ditetapkan sekitar awal 2017.

“Ia pastinya bakal menjadi satu lagi game plan bagi PAS untuk berhadapan PRU-14 kerana dalam PKR sendiri wujud dua kumpulan yang salah satunya bergandingan dengan Amanah untuk menyerang PAS,” katanya.

Ujar beliau, tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘membelasah’ pemimpin dan ahli akar umbi PAS ketika hadir di Kota Bahru pada 24 Disember lalu boleh mengundang padah kepada parti yang diwakilinya itu.

“Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menjalin hubungan baik dengan PAS, Rafizi pula dengan lantang mengkritik PAS dan memuji-muji pimpinan Amanah.

“Keadaan ini dilihat tidak begitu baik kepada PKR sendiri untuk berhadapan PRU-14,” katanya.

Apa yang pasti, tahun baharu 2017 pastinya menjanjikan senario politik yang menarik untuk dikaji terutamya ketika cakap-cakap kuat mengatakan bahawa bahang pilihan raya sudah semakin dekat.

Harus diingat, jika PAS memutuskan hubungan dengan PKR dek kerana sikap satu dua pimpinannya, maka ia secara tidak langsung lebih mendekatkan hubungan antara parti itu dengan Umno.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/29/sorotan-politik-2016-tragedi-dalam-kesamaran-pas/


Format baharu UPSR jadi perhatian

Hanya 1.11 peratus daripada 452,751 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A pada UPSR tahun ini.

TAHUN ini menyaksikan pelbagai transformasi dan penambahbaikan dibuat dalam sektor pendidikan dengan matlamat melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk meneraju negara pada masa depan, selain mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Antara transformasi utama yang mendapat perhatian masyarakat pada tahun ini ialah pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilihat memberi kesan kepada calon apabila hanya 4,896 atau 1.11 peratus daripada 452,751 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A bagi mata pelajaran yang diambil.

Keputusan itu sudah tentunya menerima reaksi pelbagai daripada ibu bapa kerana terlalu jauh perbezaan berbanding pencapaian tahun lalu, namun Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof berpendapat pencapaian calon tidak boleh dibandingkan dengan tahun lalu kerana UPSR 2016 berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan format baharu peperiksaan.

Gred Purata Nasional (GPN)juga tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana bilangan A tahun ini tidak sama memandangkan tahun lalu laporan berdasarkan tiga gred iaitu A, B dan C untuk mencapai tahap minimum, manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi 2017, iaitu sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam UPSR tahun ini.


http://www.bhplus.com.my/node/228109


Subsidi Haji RM200j

Kos pengurusan haji meningkat saban tahun seperti mana pada tahun hadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang, kadar bayaran haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009, masih kekal RM9,980 seorang.

Kuala Lumpur: Meskipun kos pengurusan haji meningkat saban tahun seperti mana pada tahun hadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang, kadar bayaran haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009, masih kekal RM9,980 seorang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kos selebihnya ditanggung Tabung Haji (TH) dengan penambahan subsidi keseluruhan tahun depan berjumlah RM200 juta daripada RM160 juta tahun ini.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita memelihara serta terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia serta membantu umat Islam menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Mudah-mudahan Malaysia akan terus berada dalam peliharaan, dikurniakan rahmat keamanan dan kesejahteraan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya dalam catatan di blog najibrazak.com, semalam.

Beliau berkata, menunaikan haji adalah sebahagian daripada rukun Islam dan kerajaan amat prihatin serta sedar bahawa umat Islam di Malaysia menyimpan hasrat mengunjungi Tanah Suci sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti.

Katanya, dulu umat Islam di Malaysia terpaksa menyimpan puluhan tahun lamanya, ada yang terpaksa menjual barang kemas, harta benda dan haiwan ternakan untuk mengumpul cukup simpanan bagi menziarah Makkah.

“Alhamdulillah, hari ini melalui TH, urusan jemaah haji jauh lebih mudah dan ringkas. Selain memberikan ruang buat umat Islam menyimpan wang beransur-ansur untuk melengkapkan perbelanjaan ke Tanah Suci, TH turut berperanan mengatur dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Kota Makkah selain memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan mereka terpelihara ketika menunaikan fardu haji.

“Malah, lebih daripada itu, TH turut memberikan subsidi buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/192468


© all rights reserved
made with by templateszoo