NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid panggil taklimat khas RUU 355 petang tadi

Satu taklimat khas diadakan petang tadi untuk semua Ahli Parlimen beragama Islam mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah, untuk meminda Akta 1965 (Bidang Kuasa Jenayah)
KUALA LUMPUR - Satu taklimat khas akan diadakan hari ini untuk semua Ahli Parlimen beragama Islam mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah, untuk meminda Akta 1965 (Bidang Kuasa Jenayah).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menandatangani notis mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen menghadiri taklimat itu yang dijadualkan jam 5 petang tadi.
Difahamkan taklimat akan diadakan di Bilik Taklimat, Blok Sementara, bangunan Parlimen.
RUU yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam mengenakan hukuman yang lebih berat kepada Orang Islam kecuali hukuman mati.
 Abdul Hadi sebelum ini dipetik sebagai berkata, parti itu sedia berdialog dengan pemimpin agama bukan Islam bagi menjelaskan beberapa kekeliruan berhubung pindaan RUU355 yang diusulkan di Parlimen.
Antara isu yang sering dimainkan kalangan pemimpin bukan Islam ialah mengaitkan pindaan RUU 355 sebagai usaha membuka pintu ke arah pelaksanaan hudud.
“Hukum hudud adalah di luar daripada RUU 355, tapi nampaknya terus dijadikan senjata bagi menentang Islam secara terbuka,” katanya.
RUU itu dibentang pada Mei lepas dalam satu langkah yang mengejutkan oleh kerajaan kerana mengutamakan usul peribadi ke atas usul kerajaan tetapi Hadi, yang merupakan Ahli Parlimen Marang, meminta bahas ditangguhkan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo