NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wartawan dibunuh setiap 4.5 hari

sejak sedekad lalu, 827 wartawan terbunuh ketika bertugas
PARIS: Seorang wartawan dibunuh setiap empat hari setengah, menurut laporan mengejut Agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), hari ini.

Laporan Ketua Pengarah UNESCO mendedahkan, sejak sedekad lalu, 827 wartawan terbunuh ketika bertugas. Menurut laporan Journalists and the Danger of Impunity, kawasan paling teruk terjejas adalah negara Arab termasuk Syria, Yaman dan Libya. Latin Amerika adalah benua kedua paling teruk terjejas.

Tidak mengejutkan bila laporan dari 2006-2015 itu mendedahkan 59 peratus daripada kematian sejak dua tahun lalu berlaku di kawasan konflik. Sepanjang tempoh itu, 78 daripada 213 wartawan terbunuh (36.5 peratus) di negara Arab. Mungkin apa yang paling membimbangkan adalah peningkatan kematian wartawan di Eropah Barat dan Amerika Utara daripada tiada sejak 2014 kepada 11 orang pada tahun lalu.

Wartawan tempatan dikatakan jauh lebih berisiko berbanding wartawan asing yang menyumbang 90 peratus daripada mangsa. Bagaimanapun, kenaikan yang besar dalam kematian wartawan luar pada 2014 kepada 17 orang berbanding purata empat orang pada tahun-tahun sebelumnya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208675

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo