NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UPSR: Hanya 1.11 peratus pelajar capai semua 'A'




Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Seramai 4,896 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seluruh Malaysia mencapai keputusan semua A bagi tahun 2016.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Yusof, jumlah tersebut merupakan 1.11 peratus dari jumlah keseluruhan 440,782 calon yang menduduki UPSR tahun ini.

Beliau berkata keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan tahun lepas kerana UPSR 2016 mengikuti format peperiksaan yang baharu.

"Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011," katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media pengumuman analisis keputusan UPSR 2016 di Putrajaya pada Khamis.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/upsr-hanya-1-11-peratus-pelajar-capai-semua-122865

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo