Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

“The Apprentice” Dan Trump

‘The Apprentice’ menjadikan Trump lebih dikenali dan usaha menonjolkan kepimpinannya melalui media massa. Ini bererti track untuk Trump menjadi bakal president-in-waiting telah lama diatur awal agar namanya menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat dunia.
Rancangan realiti ‘The Apprentice’ menjadikan Trump lebih dikenali dan usaha menonjolkan kepimpinannya melalui media massa. Ini bererti track untuk Trump menjadi bakal president-in-waiting telah lama diatur awal agar namanya menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat dunia. Buku-buku motivasi keusahawanan juga menjadi faktor untuk mendapat sambutan bagi segmen korporat dan bangsawan.
Berbanding Hillary, namanya mulai melonjak popular ketika pemerintahan Obama disamping Bill. Secara umumnya, calon tajaan Yahudi yang lebih ke arah polisi mempertahankan Israel lebih mudah untuk menang dan Netanyahu pernah mengkritik Obama apabila beberapa US tidak campur tangan beberapa isu di Yaman yang memberi ancaman besar kepada negara haram Israel.
Apapun, sama ada siapa menang tidak memberi manfaat kepada dunia Islam dan dilihat kelebihan mungkin kepada Trump yang dilihat sebagai ahli perniagaan saat ekonomi US merudum, persaingan ekonomi blok US-China seperti TPPA dan Silk Road dan survival kuasa ketenteraan US dalam mencatur Asia Barat untuk melindungi kepentingan Israel.
Sama ada Hillary atau Trump menang, Israel tetap menarik nafas lega.
Oleh: Zaiem Al-Hilmee