NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sistem pentaksiran pendidikan holistik gantikan UPSR

Sistem pentaksiran UPSR terlalu bersifat 'high stake examination' yang berorientasikan kedudukan sekali gus menimbulkan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar, ibu bapa serta sekolah
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mencadangkan supaya sistem pentaksiran yang holistik dapat dijadikan teras kepada sistem pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dan harmoni, seiring Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Ia berikutan IKRAM menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan sistem pentaksiran pendidikan yang holistik. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob, berkata pihaknya berpandangan bahawa sistem pentaksiran UPSR terlalu bersifat 'high stake examination' yang berorientasikan kedudukan sekali gus menimbulkan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar, ibu bapa serta sekolah. 

"IKRAM menyokong agar pentaksiran UPSR yang kini berbentuk sumatif yang hanya menekan pencapaian akhir pelajar diganti dengan pentaksiran formatif iaitu bersifat perkembangan secara berterusan. 

"Hasil daripada pentaksiran formatif itu dapat memberi maklum balas mengenai perkembangan pelajar serta membolehkan tanda aras pencapaian dan prestasi pelajar diperolehi," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini. 

Katanya, ia juga dapat memperbaiki kurikulum dan latihan yang diguna pakai pendidik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210483

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo