NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU 355; Pendirian Rasional Ahli Parlimen Bintulu Dialu-alukan

Ia merupakan pendirian yang sangat rasional dan berfakta tanpa emosi daripada seorang pemimpin politik bukan Islam.


Kenyataan Media

Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

RUU 355; PENDIRIAN RASIONAL AHLI PARLIMEN BINTULU DIALU-ALUKAN

1. Saya mengalu-alukan pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), YB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu berhubung RUU 355. Ia merupakan pendirian yang sangat rasional dan berfakta tanpa emosi daripada seorang pemimpin politik bukan Islam.

2. Beliau dilaporkan berkata, empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam, malah menurut beliau "Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam."


3. RUU 355 sewajarnya tidak dibantah oleh bukan Islam kerana ia hanya melibatkan hak orang Islam di Mahkamah Syariah yang khusus buat mereka. 

4. Kami mengharapkan lebih ramai lagi pimpinan politik bukan Islam mengambil sikap yang sama secara rasional tanpa emosi dalam memberikan hak kepada rakyat Muslim dalam mengamalkan hak beragama mereka menurut lunas perlembagaan.

Sekian.

Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 28hb November 2016

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo