NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU355: PAS Perlu Tunjuk Taring


PAS adalah parti besar yang menunjangi politik negara, justeru sudah tiba masanya PAS tunjukkan taring mereka - IKATAN
PAS tidak boleh lagi berdiam diri, sebaliknya perlu menjawab serangan musuh secara matang, termasuk pihak yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, berkata PAS kini seolah-olah menjadi mangsa buli termasuk dalam kalangan parti pembangkang.

Ia ekoran usaha parti itu yang berusaha membentangkan RUU 355 atau RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.

Bagaimanapun, katanya sikap PAS yang tunduk membisu terhadap pelbagai cemuhan tidak bermakna parti itu menyerah kalah, sebaliknya menggambarkan kematang dan kesederhanaan pemimpinnya.

“Pindaan yang dicadangkan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, bertujuan memberi gambaran lebih jelas kepada orang ramai, selain menangani fitnah dan tuduhan tidak berasas pelbagai pihak.

“Kalau dulu, setiap usaha memartabatkan perundangan Islam tidak pernah ditentang Ahli Parlimen bukan Islam kerana tidak menyentuh kepentingan mereka.

“Semuanya bersifat ‘gentleman’, termasuk Lee Kuan Yew yang mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) ketika Tanah Melayu dan Singapura masih bergabung,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Khamis.

Kadir berkata, RUU 355 tidak mencetuskan dua aliran perundangan seperti diuar-uarkan sebelum ini hingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan pengamal undang-undang.

Beliau berkata, perjumpaannya dengan beberapa parti politik seperti MCA, MIC dan Gerakan minggu lalu menunjukkan perkembangan positif apabila mereka mula menerima pembentangan RUU berkenaan.

“Mereka mahukan jaminan RUU 355 bukan hudud dan tidak akan mencetuskan dua aliran perundangan sehingga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, semua pihak jangan cuba nak main ‘game up manship’ (tunjuk siapa lebih hebat) dengan DAP, selain membuktikan siapa paling anti-Islam dan Melayu semata-mata untuk meraih populariti.

“PAS adalah parti besar dan antara yang menunjangi politik negara selain UMNO, justeru sudah tiba masanya PAS tunjukkan taring mereka.

Wartawan Watan-Online

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32601

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo